26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

KL, Putrajaya dan Labuan mercu tanda kejayaan negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bukan saja mercu tanda kejayaan negara, tetapi juga wilayah yang indah, unik dengan kepelbagaian serta menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook hari ini, bersempena dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Ismail Sabri berkata, Kuala Lumpur pada hari ini juga genap usia yang ke-50 tahun dan diisytiharkan sebagai bandar raya pertama di Malaysia.

“Semarakkan rasa cinta dan sayang seluruh Keluarga Malaysia di Wilayah Persekutuan dan di seluruh Malaysia amnya, dalam melangkah ke hadapan ke arah negara maju dan sejahtera!” katanya.

Beliau turut mengucapkan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2022, yang disambut hari ini.

Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Februari setiap tahun bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan, malah tahun ini adalah sambutan kali ke-18 sejak ia diperkenalkan pada 2004.

Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1974, manakala Labuan pada 1984 dan Putrajaya pada 2001. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan