26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Lelaki maut dengan kesan 12 das tembakan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki ditemui mati dalam keadaan tertiarap dengan 12 das kesan tembakan ditemui di kawasan parkir kereta sebuah kondominium mewah di Jalan Baru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Shuhaily Mohd Zain berkata, kejadian dipercayai berlaku pada jam 8.45 malam membabitkan mangsa berusia 31 tahun.

Kata beliau, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 9.30 malam sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba polis menemui seorang lelaki dalam keadaan tertiarap berlumuran darah di tingkat tiga parkir kondominium berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati mangsa diserang lebih dua suspek bersenjatakan pistol dan buat masa ini kita tidak boleh beritahu berapa das tembakan terkena mangsa namun pemeriksaan pihak forensik di lokasi menemui 12 kelongsong peluru.

“Semakan juga mendapati mangsa menyewa di kondominium mewah ini sejak lima bulan lalu,” katanya, lapor Sinar Harian.

Shuhaily berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotifkan dendam susulan mangsa mempunyai pelbagai rekod jenayah termasuk dikehendaki polis.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan