28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kilang cemarkan parit dengan sisa buangan didenda RM10,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH kilang berasaskan makanan di Seberang Perai Utara (SPU), Butterworth, Pulau Pinang dikompaun RM10,000 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri kerana didapati mencemarkan parit awam dengan sisa buangan.

Pengarah JAS negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, siasatan ke atas kilang itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung fenomena sungai berwarna putih yang berlaku di kawasan tersebut.

Beliau berkata, bertindak daripada aduan itu, sekumpulan pegawai menjalankan siasatan bagi menjejak punca pencemaran menggunakan dron di sekitar kawasan yang disyaki terlibat.

“Hasil siasatan mendapati kilang itu melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (efluen perindustrian) 2009 kerana gagal mengendalikan sistem pengolahan efluen perindustrian dengan baik sehingga mencemarkan parit awam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Selain itu jelas beliau, kilang tersebut juga gagal mematuhi pengurusan buangan terjadual di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (buangan terjadual) (BT) 2005.

“Sehubungan itu, pihak premis turut diarahkan mengambil tindakan serta-merta memberhentikan sebarang pelepasan efluen tanpa dirawat dan menutup semua pintasan yang dipasang secara haram di dalam premis kilang untuk mengalirkan air sisa tanpa rawatan terus ke parit awam.

“Pihak kilang juga diarah menaik taraf sistem pengolahan efluen sedia ada dan buangan terjadual yang dihasilkan diuruskan mengikut perundangan berkaitan di bawah Peraturan Buangan Terjadual 2005,” katanya.

Tambah beliau, JAS Pulau Pinang berterima kasih kepada orang awam yang membuat aduan dan membekalkan maklumat yang tepat dan cepat bagi memudahkan tindakan diambil pihaknya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan