28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Frank Lampard kini pengendali baharu Everton

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

EVERTON menamatkan pencarian pengurus baharu apabila melantik Frank Lampard untuk berkhidmat di Goodison Park dengan kontrak dua setengah tahun, kata kelab Liga Perdana itu pada Isnin.

Bekas pengurus Chelsea itu berkata, beliau tidak sabar untuk memulakan cabaran baharu bersama The Toffees.

“Selepas bercakap dengan pemilik, pengerusi dan lembaga pengarah, saya sangat merasakan keghairahan dan cita-cita mereka. Saya harap mereka merasakan cita-cita saya dan betapa terujanya saya ingin membawa kelab ini ke hadapan.

“Anda boleh rasakan keghairahan para penyokong Everton terhadap kelab kesayangan mereka ini.

“Itu akan menjadi penanda aras yang sangat penting. Sebagai sebuah kelab yang beraksi dalam saingan kompetitif seperti Liga Perdana, kedudukan semasa kelab memerlukan penambahbaikan segera,” katanya.

Everton yang kini berada di kedudukan ke-16 liga dengan 19 mata selepas mengharungi 20 perlawanan memecat Rafa Benitez bulan lalu selepas kekalahan 2-1 di Norwich City menyebabkan kelab Merseyside itu enam mata di atas zon penyingkiran.

Untuk rekod, Lampard yang berusia 43 tahun memulakan karier kejurulatihannya di Derby County pada 2018 sebelum menyahut cabaran bersama Chelsea, kelab yang dipacunya sebagai pemain selema 13 tahun sebagai pemain dengan memenangi beberapa trofi kejuaraan utama.

Bekas pemain tengah England itu mengetuai kelab London tersebut untuk menamatkan saingan liga di tangga keempat dan final Piala FA pada musim pertamanya, namun dipecat pada Januari tahun lalu apabila The Blues melakar beberapa keputusan buruk.

Ujian pertama Lampard sebagai pengendali The Toffees adalah apabila melayan kunjungan Brentford dalam pusingan keempat Piala FA pada Sabtu sebelum ke Newcastle United tiga hari kemudian untuk saingan liga. – Agensi

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan