25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

4 bot nelayan ditahan guna pukat pari, pukat tunda

Pengunaan pukat jenis tersebut menjadi ancaman terbesar buat reptilia marin dan menjadi punca kematian penyu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9


EMPAT buah bot nelayan tempatan ditahan oleh Jabatan Perikanan Negeri Terengganu (JPNT) kerana didapati menggunakan pukat jenis pari dan pukay tunda ketika menangkap ikan di perairan negeri itu Ahad lalu.

Pengarah JPNT Ruzaidi Mamat berkata, pengunaan pukat jenis tersebut menjadi ancaman terbesar buat reptilia marin dan menjadi punca kematian penyu akibat lemas terperangkap di dalam pukat.

Menurut beliau, kesemua bot itu ditahan ketika Op Penyu yang diadakan selama dua hari bermula Ahad lalu.

“Hasil pemeriksaan ke atas kesemua bot itu turut menemukan seekor anak penyu terperangkap di dalam peralalatan pukat tunda yang digunakan.

“Selain itu, didapati mereka juga melakukan kesalahan seperti melanggar syarat lesen dan tidak memasang peranti penyisih penyu (TED),” katanya menerusi kenyataan hari ini, lapor Astro Awani.

Baca juga:   Maritim Malaysia tahan bot kelas C langgar syarat lesen

Sehubungan dengan itu, katanya, kesemua bot tersebut dibawa ke Pengkalan Pulau Kambing untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 mengikut Seksyen 11(3)(a) iaitu mengendalikan peralatan tanpa lesen yang sah, 11(3)(b) kerana memiliki peralatan tanpa suatu lesen yang sah dan Seksyen 8(b) iaitu melanggar syarat lesen,” katanya.

Jabatan Perikanan dan Dana Penyelidikan Marin (MRF) mula memperkenalkan TED yang dianggarkan bernilai antara RM500 hingga RM600 sebuah pada tahun 2011 bagi menyelamatkan penyu yang terperangkap dalam pukat tunda.

Penggunaan TED dilaksanakan selepas kajian awal peranti itu ke atas pukat nelayan pada musim tengkujuh memberi kesan positif.-Edisi 9

Baca juga:   Buka sidang Parlimen bukti kerajaan bersikap terbuka

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan