Sunday, June 14, 2026

Remaja 15 tahun tikam bayi sebaik melahirkannya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG ibu muda bertindak di luar batasan dengan menikam bayi lelaki yang baru dilahirnya dalam kejadian ngeri yang berlaku di sebuah rumah di Kemaman hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, mayat bayi lelaki itu ditemui dengan kesan tikaman pada bahagian dada kiri bersama ibunya yang baharu berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati remaja perempuan yang keciciran persekolahan sejak beberapa tahun lalu dipercayai bersendirian di rumahnya ketika melahirkan bayi itu.

“Dia kemudiannya meminta pertolongan seorang rakannya untuk memaklumkan kelahiran tersebut kepada kakitangan sebuah klinik kesihatan berhampiran.

“Sebaik tiba di rumah terbabit, pegawai kesihatan mendapati bayi terbabit sudah tidak bernyawa dengan kesan luka pada bahagian dada dipercayai ditikam dengan objek tajam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini, lapor Kosmo Online.

Hanyan berkata, sepasukan polis bergegas ke rumah tersebut sebelum bertindak menahan suspek bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, mayat bayi tersebut telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan