31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Beri jaminan pampasan jika berlaku kesan buruk – Mufti Perlis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MUFTI Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bayaran pampasan kepada penerima dos penggalak sekiranya berlaku kesan buruk terhadap kesihatan para penerima vaksin tersebut.

Beliau berkata, penerima dos penggalak juga dicadangkan tidak perlu menandatangani surat yang menghalang ganti rugi sekiranya KKM yakin tidak berlaku sebarang risiko buruk vaksin berkenaan.

“Cadangan itu dibuat berdasarkan keyakinan KKM yang menyatakan bahawa dos penggalak tidak mendatangkan risiko yang teruk.

“Cadangan tersebut selepas melihat ramai yang memberitahu terdapat kesan buruk terhadap kesihatan yang mereka hadapi selepas menerima dos penggalak.

“Malah, ada yang mendakwa maut meskipun KKM pula sering menafikan berlakunya kejadian seumpama itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Utusan.

Sebelum ini, Mohd. Asri turut menggesa kerajaan supaya bertanggungjawab terhadap keselamatan setiap nyawa yang mengalami kesan buruk selepas menerima dos penggalak atau dos ketiga vaksin COVID -19.

Kata Mohd. Asri dalam kenyataan sebelum ini, pihak berkuasa tidak seharusnya menafikan kesan mudarat serius yang menimpa orang ramai susulan mengambil dos penggalak itu.

Tambah beliau, supaya tidak berlaku ketidakadilan, maka KKM boleh membuktikan apa yang mereka kata selama ini benar dengan memberi jaminan bayaran pampasan tersebut jika berlaku kesan buruk ke atas penerima.

“Ini baru seimbang dan bukti dakwaan kementerian ini jujur bukan kerana ada unsur lain seperti bisnes dan seumpamanya seperti yang dituduh.

“Jika tidak, saya lihat kemarahan rakyat dalam isu ini makin membesar dan sukar ditangkis oleh kerajaan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan