30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Carilah orang lebih soleh untuk ‘tahnik’, saya orang biasa

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersikap merendah diri apabila menasihati ibu bapa yang mahu tahnik (upacara membelah mulut bayi) anak mereka agar mencari mereka yang lebih soleh.

Mohd Asri yang mesra dipanggil Dr Maza berkata, beliau bukanlah orang yang soleh tetapi hanya insan biasa dan kesolehan seseorang bukan terletak pada nama dan jawatan.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu menghampakan ibu bapa yang datang untuk mengtahnik anak-anak mereka sebagai memenuhi hajat mereka yang berkenaan.

“Beberapa ibu bapa datang ke rumah untuk mentahnikkan anak mereka pagi ini. Walaupun asalnya patut dibawa kepada orang soleh sedangkan saya hanya orang biasa sahaja.

“Kesolehan tiada kaitan dengan nama dan jawatan. Mungkin ibubapa itu sendiri jauh lebih baik daripada saya. Apapun, saya sekadar menunaikan hajat mereka.

“Sekadar kata orang tua-tua ‘tiada rotan, akar pun jadi,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Bagaimanapun, Dr Maza berterima kasih kepada mereka yang tetap memilih beliau untuk melaksanakan amalan sunnah Nabi Muhammad SAW tersebut.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan