32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

KKR arah selesai segera isu pertindihan penanda lorong di NKVE

DASH telah mula melakukan proses blackening bermula malam semalam dan dijangka siap dalam tempoh tiga malam.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) telah mengarahkan pihak-pihak yang berkaitan agar menyelesaikan masalah pertindihan penanda lorong di Lebuh Raya Baharu Lembah Klang (NKVE).

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia susulan satu kemalangan yang berlaku yang dipercayai berpunca daripada kekeliruan pengguna lebuh raya tersebut akibat pertindihan penanda lorong berkenaan yang rakaman videonya tular, sejak semalam.

Beliau berkata, laporan awal melalui pemeriksaan yang dilaksanakan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) telah diterimanya semalam.

“Pihak DASH telahpun mengenal pasti kawasan yang perlu ditambahbaik melalui proses blackening (menghitam) sebelum sambutan perayaan Tahun Baharu Cina lagi.

“DASH telah mula melakukan proses blackening bermula malam semalam dan akan melihat secara keseluruhan kadar blackening yang diperlukan.

Baca juga:   4 lelaki ditangkap miliki senapang, pistol buatan sendiri

“Dijangka akan siap sepenuhnya dalam tiga malam,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut beliau, pihak LLM, PLUS dan DASH juga akan menilai semula keadaan di tapak PLUS NKVE terutamanya penanda lorong kuning serta putih supaya lebih teratur, jelas serta selamat untuk dilalui pengguna.

Nanta Linggi menekankan perkara tersebut perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya.

Dalam mengelakkan kejadian sama berulang, beliau turut menyeru semua pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu.

“Keselamatan di jalan raya adalah tanggung jawab kita bersama,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Hanya 20.9 peratus populasi keseluruhan, tiada vaksinasi

Wartawan

Terkini

Tidak praktikal gerabak khas LRT, Monorel dan MRT- Anthony Lok

TRANSIT Aliran Ringan (MRT), Monorel dan Transit Aliran Massa (MRT) tiada keperluan untuk menyediakan gerabak khas kepada golongan wanita,...

Lagi Artikel Berkaitan