29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Dos penggalak wajib sebelum ke Tanah Suci bermula 14 Februari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JEMAAH umrah diwajibkan untuk mengambil dos penggalak sebelum membuat perjalanan ke Tanah Suci Mekah bermula 14 Februari ini, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurut beliau, jemaah umrah yang pulang mengerjakan ibadah dari Tanah Suci juga boleh menjalani menjalani kuarantin wajib di kediaman tanpa kelulusan Permohonan Kuarantin Di Rumah (HQA).

“Bagi mereka yang mahu di stesen kuarantin swasta, dibenarkan dengan kos ditanggung sendiri.

“Sukacitanya saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan telah menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu bagi aktiviti umrah.

Person incharge (PIC) dari ejen pelancongan perlu memantau kepatuhan jemaah umrah semasa di Tanah Suci, perjalanan balik ke Malaysia dan semasa di PMA Malaysia kena turut serta dengan jemaah sekiranya melebihi 40 orang atau disediakan bagi setiap tempoh tersebut untuk jumlah jemaah kurang dari 40 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 di Kuala Lumpur hari ini.

Hishammuddin berkata, kebenaran untuk rakyat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah yang ditangguhkan sebelum ini dibenarkan semula, bermula hari ini.

Menurutnya, kuartet bagi pihak kerajaan ingin mengucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci dan selamat menunaikan umrah kepada semua jemaah terbabit.

“Kerajaan tahu bahawa ada jemaah berangkat ke Tanah Suci hari ini. Oleh itu, untuk jemaah umrah yang akan ke Arab Saudi hari ini sehingga 13 Februari, mereka terikat dengan SOP sedia ada.

“Bagaimanapun, apabila mereka pulang semula ke tanah air kelak, mereka diwajibkan mematuhi SOP baharu yang dikuatkuasakan,” katanya.

Mengenai cadangan Majlis Pemulihan Negara (MPN) agar kerajaan membuka sempadan negara, Hishammuddin berkata, beliau akan meminta Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk berbincang mengenai perkara itu.

Menurutnya, pembukaan sempadan adalah perkara besar dan selepas kementerian berbincang ia akan diangkat ke Kabinet sebelum diumumkan.- Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan