24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Ramadan: PM dan isteri doakan Malaysia dari Tanah Suci

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah mendoakan Malaysia dari Tanah Suci sempena secara rasminya umat Islam di negara ini memulakan ibadah puasa esok.

Malah beliau juga mengajak semua pihak untuk bersama-sama berdoa meningkatkan usaha mencapai berkahNya sepanjang bulan ini.

“Dari Tanah Suci saya dan Azizah mendoakan Malaysia akan terus makmur, sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Ramadan Mubarak!

“Semoga kelebihan madrasah Ramadan akan mengangkat martabat dan harakat insan dari sudut akhlak serta integriti,” katanya dalam Facebook hari ini.

Advertisements

Malah beliau juga berharap agar semua pihak dapat menyebarkan mesej mesej bulan Ramadan yang mengangkat nilai kesederhanaan dan kemanusiaan merentasi sempadan agama, kelompok dan golongan dengan menyemarak amal jariah dan kasih kita kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Terdahulu, pasangan itu selesai mengerjakan ibadah umrah di Mekah sebaik sahaja tiba di Jeddah sempena lawatan rasmi hari ini dengan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

Perdana Menteri kini mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari atas jemputan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Perdana Menteri Arab Saudi. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan