29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

KPM tambah baik pengurusan sekolah melalui MySG

Bermula sesi persekolahan 2023/2024, KPM telah melaksanakan langkah berikut seperti telah mengeluarkan pemakluman pemansuhan pertandingan, sambutan atau majlis di semua peringkat yang tidak memberi impak besar terhadap pembelajaran murid .

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyemak semula tugas dan tanggungjawab guru dengan melaksanakan penambahbaikan ke atas fungsi pengurusan di sekolah melalui pewujudan Modul Tadbir Urus Sekolah (MySG) yang diperkenalkan pada tahun 2021.

Menteri, Fadhlina Sidek berkata, MySG menjelaskan dengan lebih terperinci empat komponen pengurusan sekolah, iaitu Pengurusan dan Pentadbiran, Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.

“Berdasarkan tujuh teras utama yang menjadi tumpuan KPM bagi melahirkan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera, KPM akan memastikan guru sentiasa diberi sokongan profesional secara berterusan.

“Melalui salah satu daripada tujuh Teras Nadi Keunggulan KPM, isu kebajikan guru turut diberi fokus.

“Bermula sesi persekolahan 2023/2024, KPM telah melaksanakan langkah
berikut seperti telah mengeluarkan pemakluman pemansuhan pertandingan, sambutan atau majlis di semua peringkat yang tidak memberi impak besar terhadap pembelajaran murid di sekolah KPM bertarikh 15 Mac 2023.

“KPM juga mengeluarkan pemakluman pelaksanaan penilaian kendiri sekolah standard kualiti pendidikan Malaysia Tahun 2023 bertarikh 3 Mac 2023. Berdasarkan surat pemakluman tersebut, pelaksanaan semakan elemen pengurusan sekolah dalam standard kualiti pendidikan Malaysia versi baharu akan dilaksanakan setahun sekali sahaja,”katanya.

Beliau berkata demikian bagi Pertanyaan Lisan N. Balasubramaniam pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 Dewan Negara hari ini.

Balasubramaniam meminta Menteri menyatakan apakah usaha-usaha yang dibuat oleh Kementerian dalam meringankan beban guru sehingga kini dalam isu kerja perkeranian dan bidang tugas yang tidak sepatutnya.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, KPM turut mengeluarkan pemakluman perekodan waktu kehadiran murid dalam sistem kehadiran murid (eKehadiran) sekolah KPM bertarikh 13 Mac 2023 berkaitan penetapan waktu mengunci masuk rekod kehadiran murid ke dalam sistem eKehadiran yang lebih fleksibel kepada guru iaitu 12 tengah hari untuk sesi pagi dan 5 petang untuk sesi petang;

Advertisements

“Selain itu, mengeluarkan pemakluman pelantikan pengawas peperiksaan awam kendalian Lembaga Peperiksaan pada 15 Mac 2023.

“Berdasarkan surat pemakluman tersebut, pelantikan pegawas peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia terbuka kepada individu selain guru yang sedang berkhidmat seperti pesara kerajaan, pelajar institut pendidikan guru (IPG) dan institut pendidikan tinggi (IPT) berdasarkan kriteria yang ditetapkan;

Dalam pada itu katanya, KPM mengeluarkan pemakluman berhubung pelaksanaan sambutan hari guru tahunan peringkat kebangsaan dan sekolah bertarikh 15 Mac 2023.

“Berdasarkan surat pemakluman tersebut, sambutan hari guru tahunan dihadkan kepada peringkat kebangsaan dan sekolah sahaja.

“KPM juga mengeluarkan pemakluman terhadap pematuhan surat pekeliling ikhtisas bilangan 3 tahun 1999: penyediaan rekod pengajaran dan pembelajaran bertarikh 3 Mac 2023. Berdasarkan surat pemakluman tersebut, guru perlu menyediakan ringkasan rancangan pengajaran harian (RPH) yang merangkumi elemen objektif, pengajaran dan refleksi.

“Di samping itu, turut memperkukuh autonomi guru dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pentaksiran bilik darjah (PBD) dengan menjadikan dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (DSKP) sebagai rujukan,”katanya.

Fadhlina berkata, KPM melalui Jawatankuasa Mengkaji Beban Guru terus meneliti inisiatif yang boleh membantu meringankan beban tugas guru melalui perbincangan berterusan dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) dan Majlis Guru Besar (MGB).

“KPM akan terus komited untuk melaksanakan usaha penyelesaian terbaik dalam menjamin kesejahteraan guru.

“KPM juga sentiasa memastikan kesejahteraan guru dengan pelaksanaan usaha yang berterusan dalam mengurangkan beban tugas guru,”kata beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan