24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Dasar Pendidikan Digital dalam proses akhir dimuktamad

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) dalam proses akhir untuk memuktamadkan Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang akan menjadi elemen penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

Menteri, Fadhlina Sidek berkata, terkini KPM akan memastikan kurikulum kebangsaan diintegrasikan dengan teknologi agar murid menjadi generasi yang fasih digital.

“Dalam masa sama, penekanan kepada aspek Anak Baik lagi Cerdik (ABC) merentas semua segmen dalam pendidikan,”katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab Pertanyaan Lisan Senator Susan Chemerai Anding pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 Dewan Negara di sini.

Susan meminta Menteri menyatakan sejauh manakah tahap keberkesanan dasar dan inisiatif pendidikan semasa yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti pendidikan di Malaysia.

Fadhlina berkata, KPM sentiasa memberi perhatian dan mendokong dasar-dasar pendidikan yang ditetapkan oleh kerajaan termasuk memastikan kejayaan lima aspirasi sistem pendidikan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan seperti terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Justeru, katanya, KPM akan terus komited memastikan sistem pendidikan negara berkualiti tinggi.

“Dalam hal ini, kita telah pun memastikan bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 disokong oleh dokumen seperti Sustainable Development Goal 4 (SDG4) 2030 dan Inisiatif yang terkandung di bawah PPPM 2013-2025 ini dipantau rapi oleh Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) dengan menetapkan sasaran Key Performance Indicator (KPI) yang tekal.

“Sasaran KPI ini adalah berasaskan kualiti dengan definisi yang terperinci dan dilatakan, melibatkan Pengurusan Tertinggi KPM secara langsung dalam menyemak prestasi pelaksanaan serta pencapaian inisiatif-inisiatif ini,”katanya.

Fadhlina berkata, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, sehingga kini, inisiatif yang telah dilaksanakan oleh KPM khususnya seperti yang dihasratkan
dalam PPPM 2013-2025 telah menunjukkan pencapaian yang positif.

“Sebagai contoh, enrolmen di semua peringkat telah meningkat dengan jitu dalam tempoh sembilan tahun terkini. Maksudnya kemasukan ke sekolah telah menunjukkan peningkatan yang sangat ketara Yang Berhormat untuk memastikan bahawa anak-anak ini terus ada dalam sistem pendidikan kita.

“Dalam usaha melengkapi PPPM 2013-2025 ini, KPM memastikan tunjang utama sistem pendidikan adalah kurikulum kebangsaan yang akan terus kekal relevan.

Advertisements

“Ini bagi memastikan murid yang lahir dari sistem pendidikan yang menggunakan kurikulum kebangsaan yang mempunyai sifat berdaya saing dan kompetitif apabila mereka tamat persekolahan.

Dalam pada itu, katanya, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, KPM memberi penekanan kepada pembangunan karakter murid secara menyeluruh dan tidak hanya memberi penumpuan kepada pencapaian akademik sematamata.

“Jadi seperti mana ramai Ahli Yang Berhormat pun tahu bahawa ketika ini, KPM telah mengurangkan penekanan kepada peperiksaan dan pentaksiran secara berpusat dengan memberi fokus kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan semua komponen-komponen yang akan melihat pembangunan setiap anak murid ini adalah pembangunan yang holistik.

“Jadi ada proses unsur maju untuk setiap anak-anak ini berdasarkan sistem atau pentaksiran berasaskan sekolah ini,”katanya.

Sementara itu, katanya, dalam konteks daya saing pada peringkat antarabangsa, Malaysia telah mencatatkan pencapaian murid yang memberangsangkan dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2019, yang dikendalikan oleh International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA).

“Pencapaian skor individu murid dalam mata pelajaran Sains adalah yang tertinggi sejak penyertaan Malaysia dalam TIMSS bermula tahun 1999. Untuk Programme for International Student Assessment (PISA), Malaysia mencapai peningkatan 13 peratus purata merentas literasi Bacaan, Matematik dan Saintifik dari tahun 2012 hingga 2018.

“Ahli Yang Berhormat, apabila kita bercakap tentang kualiti tidak mungkin kita tinggalkan dari segi kualiti guru, KPM juga memberi tumpuan dalam tiga aspek iaitu pemantapan iaitu pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan, pemerkasaan profesionalisme dan kelestarian kesejahteraan.

“Selain itu, profesionalisme guru akan diperkasa melalui Pembangunan Profesionalisme Berterusan. Ini akan memastikan bahawa semua guru di semua sekolah KPM berkualiti, kompeten dan kekal bermotivasi dalam menjalankan tugas.

“Ahli Yang Berhormat, KPM akan meneruskan kesinambungan pelan
transformasi pendidikan jangka panjang apabila PPPM 2013-2025 berakhir.

“KPM juga akan memastikan pelan hala tuju pendidikan ini akan dilakar berdasarkan keperluan negara serta memenuhi tuntutan global,”katanya.

Ujar beliau lagi, KPM yakin usaha berterusan ini mampu meningkatkan kualiti dan tahap pendidikan negara dengan dokongan dan sokongan semua pihak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan