34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kejar pahala, jangan bazirkan makanan – Agong

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan tersebut dengan pembaziran makanan.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan nasihat diberikan Seri Paduka Baginda itu juga menegaskan sisa makanan menjadi penyumbang terbesar pada bulan Ramadan terutamanya daripada ketika berbuka puasa.

Ujar Seri Paduka Baginda lagi, perkara itu bertentangan dengan hakikat Ramadan yang seharusnya menjadi bulan yang mendidik umat Islam supaya bersederhana dan tidak membazir.

“Apatah lagi terdapat larangan keras terhadap perbuatan boros dan membazir seperti firman Allah SWT menerusi ayat 27 Surah al-Isra’ bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan semoga kehadiran bulan yang mulia ini turut disambut dengan rasa insaf dan syukur atas ujian, rahmat serta nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda berdua mengajak seluruh umat Islam mengambil keberkatan Ramadan untuk bersama Baginda berdua mendoakan semoga Malaysia terus dirahmati dan diberkati serta dilindungi daripada sebarang bentuk ancaman dan musibah.

“Bersempena ketibaan bulan Ramadan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyeru seluruh umat Islam mengaut keberkatan di bulan yang mulia ini untuk meneguhkan lagi ketakwaan dalam diri dan menggandakan ibadah serta amalan.

“Justeru, perbanyakkan ibadah-ibadah sunat dan amalan-amalan kebajikan serta memperkukuhkan lagi ukhuwah sesama insan di samping meninggalkan segala perbuatan yang sia-sia dan merugikan.

Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan semoga semua dapat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan dengan sempurna supaya dapat digolongkan bersama orang-orang yang bertakwa di sisi Allah Subhanahu wa Taala.

“Syiar Ramadan sesungguhnya bertujuan untuk melahirkan manusia bertakwa sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala dalam surah al Baqarah ayat 183 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, difardukan ke atas kamu ibadah puasa sebagaimana difardukan ke atas umat-umat sebelum kamu mudah-mudahan kamu menjadi golongan yang bertakwa (kepada Allah)”,” katanya.

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam ini mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok, 23 Mac.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan