29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 21, 2024

SOP pemeriksaan suhu badan, buku daftar masuk dimansuh

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PROSEDUR operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod mendaftar masuk di premis akan dimansuhkan bermula Jumaat ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, keputusan berkenaan dibuat dalam Mesyuarat Ke-12 Menteri Kuartet COVID-19 hari ini selepas mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut beliau, dengan pemansuhan berkenaan, pemilik premis tidak lagi diwajibkan menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod di pintu masuk premis masing-masing.

“Namun, pendaftaran masuk menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti biasa.

“Bagaimanapun, sekiranya pemilik premis masih ingin meneruskan pelaksanaan SOP pemeriksaan suhu dan buku rekod, kerajaan amat mengalu-alukan dan menggalakkannya,” katanya pada sidang media di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, pemansuhan berkenaan perlu dilakukan bagi memastikan negara bergerak ke hadapan.

“Kalau kita baca buku rekod, macam-macam contengan ada, ini tidak menggambarkan keadaan sebenarnya. Jadi untuk bergerak ke hadapan lebih balik kita tumpukan tujuh tonggak seperti disebut sebelum ini.

“Kalau kita masih dalam takuk dahulu, pada masa sama kita lihat ke hadapan dengan pendekatan baharu, akhirnya orang akan keliru.

“Jadi suhu badan dan buku itu tidak menjadi pertimbangan kita lagi,” katanya.

Untuk rekod, seawal tercetusnya pandemik COVID-19, pengambilan suhu adalah untuk mengetahui pelanggan bergejala atau tidak di mana sekiranya bergejala tidak seharusnya dibenarkan masuk ke premis bagi mengelakkan penularan pandemik.

-EDISI9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda ‘bungkus’ lebih awal

SKUAD Harimau Muda “pulang awal” dalam aksi Piala Asia Bawah 23 Tahun (B23) setelah tewas 0-2 kepada Vietnam dalam...

Lagi Artikel Berkaitan