30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PRN Johor: Wartawan dikenakan kompaun langgar SOP

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG wartawan daripada akhbar berbahasa Cina tidak menyangka, tindakannya mendekati calon bagi melaksanakan tugas hakikinya mendatangkan kesalahan, apabila dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Kompaun itu ekoran kegagalan memastikan penjarakan fizikal di majlis penamaan calon yang berlangsung di Dewan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Bahru hari ini.

Berdasarkan surat kompaun berkenaan, wartawan itu diberi tawaran kompaun bernilai RM1,000 kerana melakukan kesalahan berkenaan pada pukul 9 pagi.

Wartawan berkenaan yang berusia 42 tahun memberitahu, dia tidak menyedari kesalahan yang dilakukan kerana ketika itu hanya memberi tumpuan kepada tugas hakikinya.

Advertisements

“Saya hanya mendekati calon untuk mendapatkan maklumat peribadi mereka seperti nama, gambar dan nombor telefon.

“Saya tidak sangka pula apa yang dilakukan itu merupakan satu kesalahan kerana hanya saya seorang dikenakan kompaun sedangkan pada waktu itu terdapat beberapa wartawan lain melakukan perkara sama,” katanya yang sudah lebih 10 tahun menjadi wartawan, lapor Kosmo.

Seorang lagi wartawan portal bagaimanapun hanya dikenakan amaran.

“Saya akan lebih berhati-hati ketika menjalankan tugas,” jelasnya yang datang dari Kuala Lumpur. 

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan