Tuesday, July 21, 2026

Isu gaji wartawan di Sabah rendah dapat perhatian PM

Saya akan meneliti perkara ini secara dekat untuk mencari pendekatan yang sesuai bagi menjaga kebajikan pengamal media di Sabah dan seluruh negara - Anwar

Mesti Baca

ISU kebajikan dan gaji yang rendah serta tidak setimpal dengan pengalaman yang diterima kalangan wartawan di Sabah mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pertemuan dengan kalangan petugas media pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17, Anwar tersentuh mendengar luahan wakil media Sabah mengenai isu itu tersebut.

“Saya tersentuh mendengar luahan wakil media Sabah mengenai isu kebajikan dan kadar pendapatan rendah, termasuk kes wartawan berpengalaman hampir sedekad tetapi hanya menerima kadar sekitar gaji minimum. 

“Keadaan ini tidak harus berlarutan. Saya akan meneliti perkara ini secara dekat untuk mencari pendekatan yang sesuai bagi menjaga kebajikan pengamal media di Sabah dan seluruh negara,” katanya hari ini.

Anwar berkata, peranan media amat kritikal ketika ini tatkala kebanjiran maklumat palsu, fitnah dan manipulasi politik menular. 

Anwar Ibrahim meraikan petugas media yang membuat liputan PRN Sabah di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau berkata, media yang beretika dan berimbang adalah benteng kebenaran serta pemangkin kepercayaan rakyat. 

“Saya amat menghargai dedikasi dan sumbangan kalian dalam menegakkan kebenaran. 

“Terima kasih setulusnya buat pengamal media yang teguh berpegang pada pelaporan yang jujur, berimbang, profesional dan bertanggungjawab,” katanya.

Dalam pertemuan itu, Anwar turut menyatakan bahawa kerajaan memutuskan untuk menambah bilangan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, langkah tersebut bagi memperkukuhkan prinsip perwakilan yang adil dalam sistem demokrasi negara. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan