29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Calon DUN Endau berbusana pengantin ke pusat penamaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENARIK dan tertarik pada hari penamaan calon pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau apabila calon Pakatan Harapan (PH) mengenakan busana pengantin ketika hadir di Dewan Serbaguna Endau di sini untuk penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Mohd. Fakrulradzi Mahmud daripada Parti Amanah Negara (Amanah) diiringi bapanya Mahmud Mat Isa, 85, berpakaian pengantin serba lengkap dengan bertanjak bewarna ungu.

Beliau dilihat tiba di dewan berkenaan pada pukul 8.38 pagi ini.

Kehadirannya berpakaian itu, menarik perhatian ramai dan beliau sempat bersalaman dan memeluk bapanya sebelum masuk ke dewan berkenaan bagi menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon tersebut.

Mohd. Fakrulradzi yang telah melangsungkan pernikahan pada 22 Februari lalu dijangka akan melangsungkan majlis resepsi hari ini sejurus proses penamaan calon selesai.

Calon PH itu bakal berdepan tiga calon lain termasuk daripada Barisan Nasional (BN), Mohd. Youzaimi Yusof yang menjadi calon pertama sampai untuk penamaan calon iaitu pada pukul 8.05 pagi.

Manakala calon kedua daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Mohd. Noorhisyam Ibrahim tiba pada pukul 8.15.

Diikuti calon dari Perikatan Nasional (PN), Alwiyah Talib yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau pada pukul 8.38 pagi. 

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan