28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Hasni berdepan saingan empat penjuru di Benut

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berdepan saingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.53 Benut Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Memetik laporan Astro AWANI, Hasni, 63, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor akan ditentang Ahli Dewan Negara Senator, Datuk Isa Ab Hamid daripada Perikatan Nasional (PN).

Dua lagi calon yang bakal memberi saingan kepada penyandang kerusi sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) itu ialah Iskandar Noor Ibrahim daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Haniff @ Ghazali Hosman daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya N.53 Benut, Mohd Rafi Abdullah ketika mengumumkan senarai calon pada pukul 10.43 pagi tadi.

Terdahulu, Isa selesai menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.03 pagi.

Advertisements

Diikuti oleh Iskandar pada 9.08 pagi, manakala Hanif pada pukul 9.13 pagi dan Hasni pukul 9.16 pagi.

Benut merupakan DUN di bawah Parlimen Pontian, di mana berdasarkan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seramai 28,165 pengundi layak menjalankan tanggungjawab pada PRN Johor ini.

Satu lagi DUN di bawah Parlimen Pontian ialah N.54 Pulai Sebatang.

Pada PRU-14, Hasni menang dengan majoriti 4,447 menewaskan calon PKR, Zulkifly Tasrep dan Mohd Firdaus Jaffar (Pas).

Kesemua 56 PPC bagi PRN Johor ditutup secara rasmi pada pukul 10 pagi.

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan