26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

Banjir di Terengganu semakin buruk, lebih 2,500 dipindahkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SITUASI banjir di Terengganu semakin buruk dengan bilangan mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) mencecah lebih 2,500 orang.

Seramai 2,563 mangsa banjir daripada 772 keluarga telah dipindahkan ke 51 PPS di lima daerah, setakat jam 8 pagi, meningkat berbanding 1,533 orang (432 keluarga) ditempatkan di 30 PPS pada malam tadi.

Daerah Kemaman terus mencatat jumlah tertinggi mangsa banjir dengan bilangannya melonjak kepada 1,244 orang (340 keluarga) sudah dipindahkan ke 18 PPS.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, memaklumkan Kemaman hanya merekodkan 847 mangsa banjir (242 keluarga) di 15 PPS, semalam.

“PPS di Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Teladas merekodkan jumlah tertinggi dengan menempatkan 259 mangsa banjir (76 keluarga).

“Bilangan mangsa banjir di Hulu Terengganu juga melonjak kepada 652 orang (197 keluarga) yang ditempatkan di 11 PPS, berbanding hanya 387 (97 keluarga) di lima PPS semalam,” katanya hari ini.

Baca juga:   Tiga sekolah di Johor dinaiki air, 19 dijadikan PPS

Turut menunjukkan peningkatan ialah daerah Besut yang mencatat sejumlah 414 mangsa banjir (94 keluarga) di 11 PPS, setakat ini.

Selain itu, mangsa banjir di Setiu juga meningkat kepada 234 (80 keluarga) yang berlindung di tujuh PPS.

Sementara itu, di Dungun, dua lagi PPS membabitkan Surau Kuala Jengal dan Dewan Orang Ramai Kampung Minda, diaktifkan malam tadi.

Ia menjadikan empat PPS sudah dibuka di daerah itu, termasuk Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Orang Ramai Kampung Shukor, yang menempatkan 69 mangsa banjir (24 keluarga).

Baca juga:   Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Pahang meningkat

Wartawan

Terkini

Dua gol Mbappe bantu Perancis ratah Belanda

KAPTEN baharu Perancis, Kylian Mbappe meledak dua gol bagi membantu negaranya membelasah Belanda 4-0 dalam aksi kelayakan Euro 2024...

Lagi Artikel Berkaitan