29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

MET Malaysia kesan dua kali gempa bumi susulan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengesan sebanyak dua kali gempa bumi susulan berikutan gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang telah berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 9:39 pagi tadi.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, manakala gempa susulan yang dikesan oleh Badan Meteorologi, Klimatologi Dan Geofizika (BMKG) Indonesia setakat jam 4.50 petang tadi adalah sebanyak 27 kali.

Menurut beliau, sehingga kini, maklumat yang diterima menunjukkan impak atau kesan adalah minimal terhadap negara daripada kejadian gempa bumi ini.

“MET Malaysia akan terus memantau sebarang kejadian gempa susulan yang berlaku dan memaklumkan perkembangan terkini sekiranya terdapat aktiviti seismik yang dikesan di sekitar kawasan terlibat.

“Oleh itu, sila dapatkan maklumat gempa atau tsunami terkini melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia serta Hotline di talian 1-300-22-1638,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pagi tadi, beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung iaitu Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor mengalami kesan daripada kejadian gempa bumi di negara jiran.

Advertisements

Pusat gempa bumi itu terletak di kedudukan 0.2° U dan 100.0° T dengan kedalaman 10 kilometer, 76 kilometer Barat Laut dari Payakumbuh, Indonesia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami susulan gempa bumi berkenaan.

Sementara itu, kakitangan di beberapa bangunan kerajaan di Putrajaya turut diarahkan keluar susulan gegaran kuat yang dirasai itu.

Difahamkan, antara yang diminta berkumpul di luar bangunan adalah kakitangan di Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan beberapa pejabat di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Turut merasa gegaran adalah penduduk di apartment sekitar Putrajaya yang memaklumkan merasakan gegaran dalam tempoh satu hingga dua minit.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan