27.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Malaysia, Thailand tingkat kerjasama pemulihan ekonomi

Mesti Baca

MALAYSIA dan Thailand hari ini bersetuju untuk terus bekerjasama rapat dalam usaha pemulihan ekonomi sekali gus bagi mencapai sasaran perdagangan dua hala sebanyak RM126 bilion (USD$30 bilion) menjelang 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi tujuan tersebut beliau dan rakan sejawatannya Prayut Chan-o-cha berharap agar Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan Bersama (Joint Trade Committee – JTC) di peringkat menteri yang ketiga dapat diadakan secepat mungkin

Beliau berkata, kedua-dua pemimpin itu juga bersetuju untuk meneroka peluang pelaburan baharu di kedua-dua pihak.

“Pelabur Thailand boleh meneroka sektor pelaburan baharu di Malaysia seperti ekonomi digital, ekonomi hijau dan ekonomi sirkular.

“Manakala pelabur Malaysia boleh menceburi model ekonomi Biocircular Green (BCG) dan sektor baharu lain seperti penyelidikan dan pembangunan vaksin, kenderaan pintar dan elektrik, automasi dan robotik di Thailand,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang media bersama kedua-dua pemimpin itu di Bangkok sempena lawatan rasmi dua hari ke negara itu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri memaklumkan bahawa mereka juga mengulangi komitmen untuk meningkatkan kerjasama Malaysia dan Thailand di bawah kerangka IMT-GT.

Hal ini terutamanya melalui pelaksanaan projek kesalinghubungan fizikal (PCP) dan kepentingan kerjasama dalam pertanian dan industri asas tani, pelancongan serta produk dan perkhidmatan halal bagi merealisasikan Wawasan IMT-GT 2036.

Advertisements

Mengenai keanggotaan Malaysia, Indonesia dan Thailand dalam Majlis Perdagangan Getah Antarabangsa (ITRC), Ismail Sabri berkata, pihak Malaysia membangkitkan cadangan agar penawaran getah dalam negara masing-masing dikawal agar ia dapat memberi manfaat kepada negara anggota dan pekebun-pekebun kecil getah.

Menurut Perdana Menteri, semasa perbincangan yang diadakan harini, beliau dan Prayut bersetuju untuk meneruskan mekanisme dua hala yang sedia ada.
Katanya, ini termasuk rundingan tahunan dan dua mesyuarat di peringkat menteri iaitu Mesyuarat Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Dua Hala dan Mesyuarat Jawatankuasa Strategi Pembangunan Bersama bagi Kawasan Sempadan.

Selain mengenai hubungan dua hala, kedua-dua pemimpin tersebut turut berbincang tentang isu-isu antarabangsa terutama berkaitan situasi di Myanmar.

“Kami bersetuju bahawa adalah penting bagi ASEAN untuk terus memainkan peranan positif dan konstruktif dalam mencari solusi aman dan berkekalan demi kepentingan Myanmar dan juga Komuniti ASEAN.

“Kami berkongsi pandangan yang sama bahawa adalah penting bagi Myanmar untuk bekerjasama dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara dan keperluan untuk memelihara kredibiliti dan integriti ASEAN.

“Kami berharap agar demokrasi akan dapat kembali di Myanmar,” kata beliau.

Malaysia juga tambah Perdana Menteri memberi sokongan kepada Prayut untuk Kepengerusian Thailand bagi APEC 2022 dan berharap dapat menghadiri Sidang Kemuncak APEC di Bangkok, pada akhir tahun ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan