27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PRN Johor: Pengundi di Singapura boleh mohon undi pos

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BAGI pengundi yang bekerja di Singapura, mereka boleh membuat permohonan untuk menjadi pengundi pos pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh.

Jelas beliau, pihaknya akan memaklumkan memgenai perkara tersebut (permohonan) selepas mesyuarat khas berhubung PRN berkenaan pada 9 Februari ini.

“Pengundi yang bekerja atau tinggal di luar negara termasuk di Singapura boleh memohon untuk mengundi sebagai pengundi pos dalam tempoh yang ditetapkan oleh SPR,” katanya lapor BH.

Beliau berkata demikian selepas ditanya sama ada SPR akan melaksanakan inisiatif tertentu bagi memberi peluang kepada pengundi Johor di Singapura untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi mereka pada PRN Johor, termasuk kemungkinan boleh melaksanakan gelembung perjalanan.

Mengenai prosedur operasi standard (SOP) bagi kempen PRN Johor, Abdul Ghani, berkata Garis Panduan Pencegahan COVID-19 bagi PRN itu akan dimaklumkan selepas dikemas kini Kementerian Kesihatan (KKM ) dan Majlis Keselamatam Negara (MKN).

Sementara itu, pada program Bicara Naratif di RTM, kelmarin, Abdul Ghani mencadangkan supaya KKM dan MKN dapat memberi sedikit kelonggaran kepada calon parti politik yang akan berkempen pada PRN Johor.

“Kita akur dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) di bawah KKM, cuma jika dapat diberi sedikit kelonggaran, alhamdulilah kerana kita faham, mereka ini mahu berkempen dan sebagainya.

Advertisements

“Jika ditanya pada saya, sekurang-kurangnya ada ‘walkabout’ supaya mereka dapat berjumpa sama ada di kedai, tempat minum, pasar dan sebagainya bagi calon yang bertanding.

“Ini juga berikutan Undi 18 akan dilaksanakan pada pilihan raya ini, jadi perlu bagi calon ini memperkenalkan diri kepada orang muda,” katanya.

Pada masa sama, beliau merayu kepada parti politik yang bertanding supaya mematuhi segala peraturan yang ditetapkan KKM dan SPR kelak supaya proses PRN Johor dapat berjalan dengan lancar.

“Di PRN Melaka dan Sarawak, Alhamdulillah. Dari segi kluster COVID-19, tidak timbul di tempat pengundian.

“Justeru, saya harap parti politik mengambil tanggungjawab bersama. Kita berhemah dalam berkempen jika dibenarkan dan tiada kempen yang tidak sihat,” katanya.

Pada PRN Melaka pada November tahun lalu, MKN dan KKM tidak membenarkan aktiviti seperti ceramah terbuka, walkabout, ziarah rumah ke rumah dan beberapa lagi aktiviti membabitkan perhimpunan bagi mengekang penularan COVID-19.

Pada PRN Sarawak, Disember tahun lalu, penganjuran ceramah secara fizikal hanya dibenarkan di kawasan DUN yang tidak mencapai jaringan internet saja.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan