28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

3 pengikut ajaran ‘Wali Tujuh’ ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA pengikut kumpulan ‘Wali Tujuh’ yang disyaki membawa ajaran batin dan kebal ditahan Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dalam serbuan di sebuah rumah pekerja di Ladang Bukit Keram, Kinabatangan, semalam.

Komander ESSCOM Deputi Komisioner Hamzah Ahmad, berkata, ketiga-tiga lelaki terbabit adalah pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Kesemua mereka ditahan untuk siasatan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan kerana disyaki terbabit dengan ajaran meragukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam serbuan yang dilaksanakan, beberapa barang peribadi milik seorang daripada individu terbabit iaitu pisau, senjata jenis lastik dan pelbagai jenis tangkal telah dirampas.

“Berdasarkan risikan awal mendapati kumpulan terbabit diketuai oleh seorang guru dengan dibantu dua individu.

“Kumpulan ini mula bergiat aktif sejak tiga bulan lalu dengan membawa ajaran ilmu batin dan kebal serta didapati berkembang dengan pantas.

“Kumpulan ajaran ini juga menarik minat penyertaan pekerja ladang khususnya warga asing di sekitar Lahad Datu dan Kinabatangan.

“Ketika ini kumpulan terbabit dipercayai ada 20 pengikut,” katanya.

Sehubungan itu, Hamzah mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan ajaran atau dakyah baharu yang boleh menimbulkan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat setempat.

Ujar beliau, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu dan kumpulan yang sengaja mengganggu gugat ketenteraman awam dan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).-Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan