33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 1, 2022

BRO sambut baik keputusan kerajaan melalui NACCOL

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BERITA baik yang diumumkan kerajaan bahawa harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan 20 sen menjadi RM8.90 daripada harga siling pastinya cukup melegakan rakyat dan juga persatuan berkaitan.

Bagi Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), dengan pengurangan itu, menunjukkan komited dan keprihatinan kerajaan menyelesaikan isu bekalan dan pengeluaran makanan terutamanya bagi ayam dan telur ayam.

Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, pihaknya menyambut baik keputusan kerajaan melalui Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Khas Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 31 Januari lalu.

“Pihak Persatuan juga turut menzahirkan ucapan penghargaan di atas keputusan kerajaan yang membuka permit import ayam kepada semua pemegang Permit Kelulusan (AP) dan juga pembukaan AP kepada pengusaha-pengusaha pasar raya besar (hypermarket),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad berkata, bagi memastikan penternak-penternak ayam
tempatan kekal berdaya saing, BRO mengharapkan kerajaan akan terus memastikan langkah intervensi atau pemberian subsidi yang saksama kepada mereka dapat dimuktamadkan segera.

Baca juga:   KPDNHEP jangka harga ayam naik awal bulan depan

“Kesungguhan yang ditunjukkan oleh kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini jelas menyatakan keseriusan beliau menangani isu kenaikan harga barangan yang berlaku sedang di peringkat global,” katanya.

Ujarnya, pihak persatuan menyatakan komitmen dan usaha bagi memastikan aspirasi kerajaan bagi memastikan kawalan harga barangan dapat dicapai.

Baca juga:   Harga ayam tidak diapung, tarif elektrik, air kekal - PM

“Ini bagi memastikan, rakyat dan peniaga mendapat manfaat seiring dengan keputusan yang telah dibuat tersebut,” katanya. – Edisi 9


Terkini

Rakyat pulang ke tanah air tidak perlu isi pas pengembara

RAKYAT Malaysia yang pulang ke negara ini tidak lagi perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Pas Pengembara dalam aplikasi MySejahtera...

Lagi Artikel Berkaitan