27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

5,736 kes positif mengatasi kes sembuh hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes Covid-19 hari ini merekodkan sebanyak 5,736 kes positif meningkat hampir 200 kes berbanding 5,566 semalam, sekali gus mengatasi 3,196 kes sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 46 kes bersamaan 0.8 peratus daripada 5,736 kes positif COVID-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya, sebanyak 5,690 kes bersamaan 99.2 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Jumlah pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula merekodkan penurunan iaitu 54 kes berbanding semalam, 59 kes.

“Sementara, pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) turut merekodkan sedikit penurunan, 112 kes berbanding semalam, 113 kes,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kluster aktif COVID-19 terus merekodkan penambahan jumlah yang terkini sebanyak 322 kluster berbanding semalam, 318 kluster.

Advertisements

“Jumlah kluster COVID-19 baharu menunjukkan sedikit peningkatan apabila mencatatkan lapan kluster berbanding semalam, tujuh kluster.

“Ia menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,442 kluster. Jumlah kluster tamat sebanyak 6,120 kluster berbanding semalam, 6,116 kluster,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan mencatatkan penurunan iaitu tujuh kes berbanding semalam, 13 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,985 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), satu kes daripada tujuh kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,447 kes.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lelaki didenda RM80,000 guna kelengkapan komunikasi tidak sah

SEORANG usahawan didenda sebanyak RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, kerana menggunakan kelengkapan komunikasi tidak diperakui iaitu SMS...

Lagi Artikel Berkaitan