31.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

SAM gesa peniaga merpati pelangi dikenakan tindakan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SAHABAT Alam Malaysia (SAM) menyifatkan tindakan seorang peniaga mewarnakan bulu burung merpati dengan pelbagai warna sebagai satu bentuk keganasan terhadap haiwan.

Sehubungan itu, Presiden SAM, R. Meenakshi mendesak Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual burung merpati yang digelar sebagai merpati pelangi itu dengan segera.

“SAM membantah sekeras-kerasnya amalan seorang peniaga dekat Tumpat, Kelantan yang menjual burung merpati yang diwarnakan dengan warna pelangi.

“Ini kerana tindakan tersebut adalah satu tindakan keganasan terhadap haiwan kerana merpati secara semula jadi mempunyai pigmen di seluruh badan,” katanya, lapor Utusan Online hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang peniaga burung merpati dan ayam serama di Kampung Kepulau di Tumpat, Kelantan mengambil inisiatif menyembur cat di badan burung terbabit yang kemudian digelar merpati pelangi untuk melariskan jualan.

Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan kontroversi memandangkan ramai yang menganggap ia sebagai satu bentuk kezaliman terhadap haiwan.

Baca juga:   Syed Saddiq didakwa kerana satu undi di Parlimen?

Menurut Meenakshi, meletakkan cat sintetik pada bulu burung merpati akan menjejaskan persekitaran semula jadi haiwan berkenaan.

“Merpati yang dicat tidak berpeluang untuk menyertai merpati lain secara bebas, malah menyapu pewarna kimia pada merpati mengganggu keadaan semula jadi haiwan ini,” katanya.

Tambahnya, pemilik hendaklah bertanggungjawab terhadap kebajikan dan keperluan haiwan mereka di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 722).

“Peniaga tidak akan berhenti mewarnakan bulu burung merpati dalam pelbagai warna jika tiada tindakan diambil. Kita mesti membenarkan merpati hidup dalam keadaan persekitaran semula jadi tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Baca juga:   Program VA disasar kutip sehingga RM2 bilion

-EDISI9

Terkini

Solat jenazah ghaib buat Almarhum Sheikh Yusuf al-Qaradawi

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan Solat Jenazah Ghaib buat Almarhum Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi di...

Lagi Artikel Berkaitan