29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PICKids: 517,107 kanak-kanak bawah 12 tahun berdaftar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 517,107 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah berdaftar untuk suntikan vaksin Covid-19 Pfizer oleh ibu bapa masing-masing bagi Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids).

Data berkenaan dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapan ringkas pada Twitter beliau.

“Ia adalah 15 peratus daripada jumlah kohort 3.6 juta. Permulaan yang baik dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus menyampaikan manfaat untuk mendapatkan vaksin.

“Saya berharap hampir separuh kanak-kanak di Malaysia akan mendapat vaksin menjelang akhir Februari. Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) di bawah Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali akan bekerja keras bersama Kementerian Pendidikan,” menurut ciapan tersebut hari ini.

Pemberian vaksin untuk kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun menerusi PICKids akan bermula esok dengan anggaran seramai empat juta kanak-kanak layak menerima vaksin jenis Comirnaty10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech).

Advertisements

Pelancaran program pemberian vaksinasi kanak-kanak berusia lima tahun hingga bawah 12 tahun akan diadakan pada 3 Feb (esok) ini di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.

Terdahulu, Khairy dalam satu Sidang Media di Parlimen 20 Jan lalu berkata keutamaan untuk pemberian vaksin pada permulaan program berkenaan adalah kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit respiratori kronik, kardiovaskular, kencing manis dan penyakit saraf, kerana mereka lebih berisiko untuk mendapat penyakit COVID-19 yang teruk.

Beliau berkata formulasi vaksin COVID-19 Comirnaty yang akan digunakan dalam program vaksinasi adalah formulasi khas untuk kanak-kanak, dan dibekalkan di dalam bebuli 10-dos (penutup jingga) dan perlu dicampur dengan 1.3 mL larutan garam biasa.

“Setiap dos yang diberikan adalah 0.2 mL dan mengandungi 10mcg vaksin mRNA. Dos ini merupakan satu pertiga daripada dos yang digunakan bagi dos dewasa. Program vaksinasi kanak-kanak ini memerlukan dua suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan minggu, selepas dos pertama,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan