30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Individu terbabit video tular ‘Bomba dekat ni ja tak tau’ dikesan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah sedang mengesan dua individu untuk memberi keterangan berhubung satu video tular berkaitan kebakaran belukar yang berlaku bersebelahan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, malam tadi.

JBPM Kedah pada kenyataan berkata, video tular melalui Facebook (FB) berdurasi satu minit 40 saat itu memaparkan perbualan antara seorang lelaki dan wanita berhubung kebakaran berkenaan.

Menurut kenyataan berkenaan, melalui perbuatan itu, mereka dipercayai turut mengeluarkan kata ‘Bomba dekat ni ja tak tau’ yang turut mendatangkan kegusaran orang awam.

“Berdasarkan kenyataan itu, pada 8.18 malam, BBP Alor Setar menerima panggilan menerusi MERS 999 berhubung kebakaran belukar berhampiran wad psikiatrik Hospital Lama Alor Setar.

“Kebakaran itu membabitkan longgokan sampah yang dilakukan orang awam sebelum ia merebak ke kawasan berhampiran,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, dua jentera daripada BBP Alor Setar kemudiannya memadamkan kebakaran di belakang hospital lama manakala sebuah lagi jentera melakukan pemadaman daripada belakang BBP Alor Setar.

Advertisements

“Namun, ketika proses pemadaman berjalan, api marak daripada belukar menghampiri BBP Alor Setar.

“Ketika itulah video berkenaan yang dipercayai dirakam secara langsung melalui Facebook individu terbabit ditularkan,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 51 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 iaitu mengganggu pegawai bomba dalam menjalankan tugas.

“Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya tidak berkongsi atau menyebarkan video terbabit bagi mengelak kegusaran awam,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan