25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Langkah intervensi kerajaan jamin kestabilan harga ayam standard

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LANGKAH intervensi daripada kerajaan menetapkan harga runcit bagi ayam standard RM8.90 sekilogram yang bermula Sabtu ini sehingga 5 Jun depan dapat menjamin kestabilan harga ayam dan makanan berkaitan.

Sekiranya tiada intervensi dilaksanakan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, harga runcit ayam di pasaran masa ini akan melebihi RM10 sekilogram.

“Ia sekaligus akan memberi impak kepada kenaikan mendadak kos input makanan jagung dan soya merangkumi 70 peratus kos penternakan ayam hasil daripada taklimat menerusi Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).

“Sehubungan dengan itu, penetapan harga runcit ayam standard RM8.90 di Semenanjung akan bermula pada Sabtu ini setelah berakhirnya Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) pada Jumaat.

“Harga tersebut akan kekal sehingga 5 Jun 2022 iaitu selama 121 hari bagi menjamin kestabilan harga ayam dan juga makanan lain yang berkaitan.

“Penetapan harga runcit ayam bagi Labuan, Sabah dan Sarawak akan dibuat berdasarkan lokasi,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Alexander berkata, harga runcit RM8.90 merupakan penurunan kali ketiga selepas ditetapkan pada RM9.50 semasa perayaan Deepavali, RM9.30 ketika SHMKM dari 7-31 Disember 2021 serta RM9.10 semasa SHMKM dari 1 Januari hingga 4 Februari 2022.

Baca juga:   Pelitup muka SIRIM: Kerajaan Ismail Sabri utamakan rakyat

Katanya, penetapan harga baru runcit ayam akan ditampung melalui subsidi kerajaan sehingga kos pengeluaran ayam kembali rendah dan stabil.

Baca juga:   1,668 jujukan genome dijalankan, kes 409 VOC

“Beberapa ketetapan rakyat-centric bersabit dengan industri pengeluaran ayam dan telur juga telah diputuskan dalam mesyuarat NACCOL tersebut, antaranya adalah harga telur semua gred kekal seperti harga maksimum runcit SHMKM semasa.

“Pelaksanaan kedua-dua harga siling runcit ayam dan telur ini bermula 5 Februari sehingga 5 Jun 2022.

“Bagaimanapun harga siling runcit ini akan dikaji dari semasa ke semasa bergantung kepada faktor-faktor yang mempengaruhi pengeluaran ayam dan telur dalam negara.

“Seterusnya, permit import ayam bulat dibuka kepada semua pemegang Permit Kelulusan (AP) bagi mengimport ayam berbanding sebelum ini, mereka hanya dibenarkan mengimport keratan ayam seperti kepak, paha dan lain-lain,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Nanta berkata, mesyuarat juga bersetuju AP mengimport ayam dibuka kepada pengusaha pasar raya besar (hypermarket).

Jelasnya, KPDNHEP juga ingin menyatakan sokongan terhadap keputusan proaktif kerajaan dalam memastikan Dasar Sekuriti Makanan Negara sentiasa terjamin bukan sahaja dari segi bekalan tetapi juga pada harga yang tidak membebankan rakyat Malaysia.

“Menyokong penyelidikan yang dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk menjadikan isi rong kelapa sawit sebagai alternatif kepada jagung dan soya yang diimport sepenuhnya sebagai makanan ayam.

“Mencadangkan kepada merajaan negeri untuk memanjangkan tempoh penggunaan tanah di bawah lesen pendudukan sementara (TOL) bagi aktiviti pertanian.

“KPDNHEP akan memastikan pelaksanaan arahan kerajaan kepada agensinya, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk membuat siasatan berterusan bagi memastikan tiada wujudnya kartel dalam pakatan menentukan harga ayam dan telur,” katanya.

Baca juga:   Penjawat awam bersama kerajaan pulih ekonomi negara
Baca juga:   Kerajaan baharu dicadang hadkan kementerian, tumpu pandemik

Menurut Alexander, semua ketetapan termasuk pelan tindakan jangka panjang yang diputuskan akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam Mesyuarat Taskforce Pelaksanaan yang akan dipengerusikan oleh MAFI dan akan dilaporkan dalam mesyuarat NACCOL akan datang.- Edisi 9

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan