27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

BN umum senarai calon, tampilkan 70 peratus muka baharu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) hari ini mengumumkan 56 calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di mana 70 peratus daripada jumlah berkenaan merupakan calon muka baharu.

Bahkan, BN juga bertanding secara bersendirian tanpa kerjasama parti lain.

Menurut Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pada PRN ke-15 kali ini, UMNO menampilkan 37 calon, 15 diwakili MCA dan empat kerusi MIC.

“Daripada jumlah itu, 80 peratus adalah calon memiliki kelulusan akademik yang tinggi dan terdiri daripada mereka yang berumur 55 tahun ke bawah serta 70 peratus muka baharu.

“Kita telah meneliti senarai yang akan dihamparkan Pengerusi BN Johor untuk calon-calon ini diidamkan sebagai satu petanda bahawa BN akan memberikan kesinambungan perkhidmatan yang terbaik.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon BN di Bangunan Badan Perhubungan UMNO negeri di Johor Bahru hari ini.

Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, Setiausaha Agong UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Pengumuman calon disempurnakan Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohamad.

Ujar Ahmad Zahid lagi, calon-calon dipilih adalah calon-calon terbaik daripada kalangan yang baik-baik dengan mengambil kira soal parti kompenan iaitu tiga parti teras serta rakan bergabung.

“Saya mempunyai kenyakinan pasukan yang akan dihidangkan rakyat johor khususnya pengundi Johor perubahan besar harapan baharu negeri Johor,” katanya.

Baca juga:   308,726 saman sepanjang Op Selamat Tahun Baharu Cina
Baca juga:   'Kosmopolitan Barat' di kampung kehilangan pelabuhan

Berikut senarai calon BN:

N.01 BULOH KASAP – DATUK ZAHARI SARIP*
N.02 JEMENTAH – MCA
N. 03 PEMANIS – ANUAR MANAP
N. 04 KEMELAH – SARASWATHI (MIC)
N. 05 TENANG – HASLINDA SALLEH
N. 06 BEKOK – MCA
N. 07 BUKIT KEPONG – ISMAIL MOHAMAD
N. 08 BUKIT PASIR – IR MOHD FADZLI MOHD SALLEH
N. 09 GAMBIR – SHAH RIHAN GHANI
N. 10 TANGKAK – MCA
N. 11 SEROM – KHAIRIN NISA
N. 12 BENTAYAN – MCA
N. 13 SIMPANG JERAM – DATUK LOKMAN MD DON
N. 14 BUKIT NANING – DATUK FUAD TUKIRIN
N. 15 MAHARANI – NUR FARA SAMSUDIN
N. 16 SUNGAI BALANG – MOHD HELMI ABD LATIF
N. 17 SEMERAH – MOHD FARED MOHD KHALID
N. 18 SRI MEDAN – DATUK ZULKURNAIN KAMISAN*
N. 19 YONG PENG – MCA
N. 20 SEMARANG – DATUK SAMSOLBARI JAMALI*
N. 21 PARIT YAANI – DATUK MOHD NAJIB SAMURI
N. 22 PARIT RAJA – NOR RASHIDAH RAMLI*
N. 23 PENGGARAM – MCA
N. 24 SENGGARANG – MOHD YUSLA
N. 25 RENGIT – DATUK PUAD ZARKASHI
N. 26 MACHAP – DATUK ONN HAFIZ*+
N. 27 LAYANG-LAYANG – MUTALIB RAHIM
N. 28 MENGKIBOL – MCA
N. 29 MAHKOTA – DATUK SHARIFAH AZIZAH SYED ZAIN
N. 30 PALOH – MCA
N. 31 KAHANG – VIDYANATHAN (MIC)*
N. 32 ENDAU – MOHD YOUZAIMI YUSOF
N. 33 TENGGAROH – RAVEN KUMAR (MIC)*
N. 34 PANTI – HAHASRIN HASHIM*
N. 35 PASIR RAJA – RASHIDAH ISMAIL*
N. 36 SEDILI – MUSZAIDI MAKMOR
N. 37 JOHOR LAMA – NORLIZA NOH
N. 38 PENAWAR – FAUZIAH MISRI
N. 39 TANJUNG SURAT – DATUK SYED SEES ABD RAHMAN*
N. 40 TIRAM – AZIZUL BACHOK
N. 41 PUTERI WANGSA – MCA
N. 42 JOHOR JAYA – MCA
N. 43 PERMAS – BAHARUDIN MOHD TAIB
N. 44 LARKIN – HAIRI MD SHAH
N. 45 STULANG – MCA
N. 46 PERLING – MCA
N. 47 KEMPAS – DATUK RAMLEE BOHANI
N. 48 SKUDAI – MCA
N. 49 KOTA ISKANDAR – PANDAK MAHMAD
N. 50 BUKIT PERMAI – DATUK MOHD JAFNI MD SHUKOR
N. 51 BUKIT BATU – S SUPAYYAH (MIC)
N. 52 SENAI – MCA
N. 53 BENUT – DATUK HASNI MOHAMMAD*
N. 54 PULAI SEBATANG – HASRUNIZAH HASSAN
N. 55 PEKAN NENAS – MCA
N. 56 KUKUP – DATUK JEFRIDIN ATAN

Baca juga:   Annuar saran parti politik mudahkan kerja pengamal media
Baca juga:   PRN Johor: 50 peratus keluar mengundi, setakat 4 petang

(* Penyandang, *+ Pindah DUN)

-EDISI9

Terkini

Kanak-kanak 5 tahun maut, bapa, kakak parah nahas 2 kenderaan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dalam kejadian kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kesang Garing,...

Lagi Artikel Berkaitan