26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 2, 2022

BN tampilkan 30 peratus muka baharu – Hasni

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) Johor akan menampilkan sekurang-kurangnya 30 peratus muka baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) itu bulan depan.

Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, langkah itu diharap akan memperkuatkan peluang gabungan tersebut untuk memenangi sekali gus membentuk kerajaan lebih kukuh di negeri itu.

Menurut beliau, pada masa kini senarai calon sudah di peringkat akhir untuk dimuktamadkan sebelum pengumuman rasmi dibuat pada Khamis ini.

“Johor ada muka baharu yang ramai termasuk calon muda di bawah 40 tahun. Oleh itu, sekurang-kurang 30 peratus calon kita nanti akan menampilkan muka-muka baharu.

“Saya yakin langkah menyenaraikan ramai muka baharu dan muda ini akan dapat memperkuatkan peluang BN untuk berjaya pada PRN nanti,: katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Penyumbang Sektor Agromakanan Negeri Johor 2022 hari ini, lapor BH Online.

Baca juga:   Beri peluang calon muda berkhidmat di Cheras – Mike

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Samsolbari Jamali.

Pada 28 Januari lalu, UMNO dan BN Johor dilaporkan akan melakukan perubahan termasuk mengemukakan calon muda seperti kemahuan masyarakat dan akar umbinya.

PRN Johor akan berlangsung pada 12 Mac ini, dimulakan dengan proses penamaan calon pada 26 Februari manakala pengundian awal ditetapkan pada 8 Mac.

Wartawan

Baca juga:   KPM tidak benarkan sekolah menengah jadi pusat mengundi

Terkini

Cabaran besar, penghormatan mewakili BN – Khaled Nordin

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menyifatkan pelantikannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi sebagai kepercayaan besar Kerajaan Perpaduan. Mohamed...

Lagi Artikel Berkaitan