28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Citrawarna diteruskan dengan SOP tambahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PROGRAM Citrawarna Keluarga Malaysia yang dirancang diadakan di Kuching, Sarawak pada 24 hingga 27 Februari ini akan tetap diteruskan tetapi dengan tambahan prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, SOP tambahan itu akan diputuskan menerusi mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok.

Menurut beliau, mesyuarat di Kuala Lumpur itu akan memperincikan langkah-langkah kawalan tambahan susulan peningkatan kes positif COVID-19.

Beliau berkata, SOP sedia ada yang diputuskan sebelum ini akan tetap dilaksanakan manakala langkah baharu akan diumumkan MKN serta Kementerian Kesihatan.

“Memang ada kerajaan negeri meminta kita menangguhkan dahulu program itu, tetapi saya membuat pertimbangan untuk meneruskannya dengan memperkenalkam SOP baharu yang akan diputuskan MKN.

“Kami juga sudah berbincang dengan agensi kerajaan negeri seperti Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk membantu menguatkuasakan SOP itu nanti,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), lapor BH Online.

Menurutnya, persiapan penganjuran program itu yang pertama kali diadakan di Sarawak sudah lama dibuat dan ramai pihak yang terbabit.

“Penganjuran Citrawarna Keluarga Malaysia itu diadakan dengan kos RM4.8 juta dan kita tidak boleh menangguhkannya lagi,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual menghadiri program berkenaan pada Malam Gala Citrawarna Keluarga Malaysia di Tebingan Kuching pada Sabtu ini.

Program berkenaan akan berlangsung pada 24 hingga 27 Februari ini di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini iaitu Tebingan Kuching, Jalan Carpenter, Padang Merdeka, Jalan Main Baazar serta beberapa hotel terkemuka.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan