25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

Hentikanlah politik mengata, semua dah berusia – Mahdzir

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

PARA pemimpin parti politik senior dinasihat agar tidak lagi mengamalkan politik mengata kepada pihak lawan sesedap hati atau dengan pelbagai gelaran buruk kerana masing-masing sudah berusia.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, cara berpolitik sedemikian bukan sahaja sudah ketinggalan zaman, tetapi juga tidak lagi berkesan kerana rakyat sekarang sudah bijak membuat penilaian.

Beliau berkata, sepatutnya para pemimpin berkenaan memberikan contoh yang baik kepada anak-anak muda, bukannya memalukan diri sendiri dengan terpekik-terlolong di atas pentas sambil mengeluarkan kata-kata nista kepada lawan.

“Kita dah berumur, tak usahlah cakap-cakap benda-benda yang melampau. Sesiapa pun, saya tak tujukan kepada seseorang, sesiapa pun. Kalau saya nak sebut di sini yang ada sebelah sini ke, sebelah sana ke semuanya dah berumur.

“Muhyiddin, Ustaz Hadi, Anwar, Dr Mahathir, Kit Siang, semua dah berumur. Gunalah bahasa yang elok-elok sikit. Orang muda pun gelak (tengok perangai) kita semua. Tolonglah!.

“Bila kita dah beremosi, lepas itu satu masa yang lain kita cari jalan nak berbaik (akan susah). Macam mana nak baik kalau bahasa yang digunakan dah kasar, dah melampau-lampau. Siapa yang nak respek kepada kita,” katanya.

Baca juga:   Kenyataan Ku Li bersifat peribadi, bukan mewakili parti - Mahdzir

Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama Edisi 9 dan Utusan TV di Kuala Lumpur hari ini.

Mahdzir diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggelarkan UMNO sebagai ‘itik patah kaki’ serta kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa mereka yang tinggalkan UMNO akan dapat pahala.

Baca juga:   Gara-gara harta pusaka bapa, anak kerat ibu 15 bahagian

Beliau berkata, hampir semua pemimpin senior dalam parti di negara ini sama sifatnya dengan mengata kepada orang lain secara sesuka hati, dan ini amatlah tidak sihat.

“Sepatutnya dah berumur tak payahlah terjerit-jerit, maki-hamun. Cakap baik-baik sahaja kerana nanti rakyat yang akan menilai. Buatlah apa yang (parti) mereka nak buat, kalau tiba masanya rakyat buat pilihan, kita kena terimalah.

“Ini tidak, asal jumpa mikrofon kita belasah, dapat sahaja belasah. Pantang kena jolok… belasah je, belasah je…

“Zaman sekarang anak muda bercakap pasal big data, pasal digital dengan Facebook, Tiktok, takkan masih ada lagi ahli politik menjerit tak keruan, maki-hamun macam orang hilang akal, tak boleh…,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, dalam tempoh lebih 60 tahun negara merdeka, tahap pendidikan rakyat semua kaum telah melonjak dan ramai yang sudah terpelajar.

“Orang boleh membuat penilaian, tak perlu nak jerit-jerit. Kalau ahli politik yang masih bercerita seperti tahun-tahun 1980-an, orang akan gelak saja,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   UMNO memilih ‘kematian abadi’ jika bersendirian?

Wartawan

Terkini

PN rampas kerusi Padang Serai, BN pertahan Tioman

PERIKATAN Nasional (PN) berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah manakala Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan