32.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Zahid sedih bapanya dihina, tetapi simpati dengan Muhyiddin

Anggap Pengerusi PN itu amat tertekan, terdesak dan resah untuk berhadapan dengan PRN Johor sehingga meroyan sebegitu rupa

Mesti Baca

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi sedih apabila nama bapanya dipermainkan dan dihina oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan khalayak ramai.

Presiden UMNO itu berkata, sebagai insan biasa tentunya beliau mempunyai hati dan perasaan yang mampu untuk berasa terguris dan kecewa.

Namun pada masa yang sama, beliau bersimpati dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu yang kelihatan amat tertekan, terdesak dan resah untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sehingga meroyan sebegitu rupa.

“Saya juga seperti anda semua anak kepada seorang ayah. Allahyarham Hj. Raden Hamidi Bin Hj. Raden Abdul Fateh bapak yang sangat saya kasihi dan sayangi.

“Sebagai anak pastinya saya berasa sedih apabila nama bapak dipermainkan dan dihina sebegitu rupa oleh bekas menteri kerajaan PH itu di khalayak ramai,” katanya menerusi akaun Telegramnya hari ini.

Sehubungan itu, Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengajak rakyat agar jangan sampai nilai kemanusiaan dan kesopanan sesama kita pupus hanya kerana perbezaan pendirian politik.

Beliau berkata, kenyataan yang dibuat Muhyiddin dalam majlis pelancaran jentera pilihan raya bagi kawasan Mersing, Johor semalam bukan politik matang dan sejahtera.

“Bukan itu nilai politik yang mahu kita wariskan kepada pengundi muda kita dan generasi masa hadapan negara,” katanya.

Bagaimanapun, Zahid cuba mengelak kenyataan Muhyiddin terhadap bapanya itu sama dengan pendedahan yang dibuat beliau terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa tahun lalu.

“Hal ini tidak boleh disamakan dengan pendedahan saya tentang nama sebenar seorang pemimpin politik berdasarkan rekod JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) beberapa tahun lalu.

“Tetapi percayalah sikap ‘angkat bakul’ Muhyiddin dan kutukannya terhadap saya serta nama bapa saya bukan nilai sebenar bangsa Johor,” katanya sambil memetik serangkap puisi Sasterawan Negara, Datuk Usman Awang.

Kurang ajarnya tetap santun
Lembutnya cukup jantan
Dajalnya masih selamba
Nakalnya bersulam jenaka
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyuman
Marahnya dalam tertawa
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Advertisements

Zahid turut menafikan bahawa beliau begitu marah terhadap Muhyiddin yang didakwa enggan campur tangan dalam kes mahkamahnya.

Katanya, jika benar beliau marah terhadap bekas Timbalan Presiden UMNO itu, sudah tentu Muhyiddin tidak akan menjadi Perdana Menteri sehingga 17 bulan lamanya malah sudah tentu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) terpaksa diadakan.

“Malah (sebaliknya) saya cekal menghadapi pendakwaan terpilih yang dikenakan oleh kerajaan PH (Pakatan Harapan) terhadap saya diatas prinsip berani kerana benar.

“Tidak sesekali saya sanggup menggadaikan UMNO apatah melompat parti mahupun berselingkuh dengan musuh untuk mengelak daripada didakwa,” katanya.

Zahid berkata, jika beliau mahu terlepas daripada pendakwaan terpilih, beliau boleh sahaja mengikut mandat akar umbi UMNO agar menolak kerjasama dengan Bersatu.

Jelas beliau, seseorang yang yakin dirinya tidak bersalah, satu-satunya yang diharapkan cumalah perbicaraan yang adil dan saksama.

Sebaliknya, beliau berkata, kita semua perlu merasa sangsi dengan dakwaan yang dibuat oleh seseorang yang terlah mampu untuk berbohong dan memutarb elit apa sahaja demi kuasa.

Seseorang yang sanggup memutar belit titah Yang di-Pertuan Agong tentang Ordinan Darurat untuk berbohong kepada Parlimen, malahan tergamak menipu nama sebenar.

Malah katanya, pemimpin itu juga sanggup merancang “scheme of things” yang melanggar undang-undang dan prinsip demokrasi untuk ‘membeli’ sokongan wakil rakyat agar bertambah berkuasa.

“Sanggup menawarkan sogokan secara terbuka di kaca TV kepada Ahli Parlimen supaya menyokongnya kekal sebagai Perdana Menteri.

“Saksikan sekutu politiknya sendiri semasa PRU-14 yang kemudian menjadi seteru selepas berpecah turut berdepan pendakwaan semasa beliau memegang kuasa Perdana Menteri,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

CENTHRA gesa kerajaan mansuh undang-undang tindas hak asasi

SEBUAH pertubuhan hak asasi menggesa kerajaan memansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi manusia kerana langkah tersebut sejajar dengan piawaian...

Lagi Artikel Berkaitan