26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

Ibu muda tikam bayi diadili mengikut Akta Kanak-Kanak 2001

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

REMAJA berusia 15 tahun yang dituduh menikam mati bayi lelakinya di Kemaman, Terengganu baru-baru ini akan melalui proses keadilan mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

Jabatan Peguam Negara menerusi kenyataan yang dikeluarkan berkata, ini memandangkan orang yang dituduh itu merupakan seorang kanak-kanak seperti mana takrifan di bawah akta berkenaan.

“Jika disabitkan, kanak-kanak ini akan diperintahkan untuk ditahan di bawah Seksyen 97(2) akta itu.

Namun begitu, katanya, pihak pendakwaan masih boleh meneliti dan mengkaji semula keputusan pertuduhan asal di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada pertuduhan lain setelah mengambil kira perkembangan tambahan termasuk hasil siasatan kejadian rogol ke atas kanak-kanak ini.

“Pertuduhan ke atas kanak-kanak tersebut adalah satu proses keadilan jenayah yang telus tanpa dipengaruhi oleh apa-apa dorongan dan berasaskan kepada keterangan semata-mata.

“Maklumat mengenai kejadian rogol hanya diketahui selepas kanak-kanak tersebut ditangkap, di mana satu laporan polis dibuat kanak-kanak ini pada pada 8 Februari lalu.

Baca juga:   Bayi 15 bulan maut, leher terjerut kain buaian

“Susulan daripada laporan polis itu satu kertas siasatan dibuka dan siasatan masih dijalankan,” katanya di sini hari ini, lapor Utusan.

Mengulas mengenai pertuduhan asal, Jabatan berkenaan berkata, Pejabat Pendakwaan Negeri Terengganu menerima kertas siasatan berkaitan satu kejadian kematian seorang bayi yang dilahirkan 8 Februari lalu di sebuah rumah di Kemaman, Terengganu.

Jelasnya, laporan polis berkaitan kertas siasatan itu dibuat pada tarikh sama oleh seorang pegawai perubatan yang memaklumkan bahawa lebih kurang pukul 9.00 pagi 8 Februari lalu, semasa sedang bertugas di Klinik Kesihatan Seri Bandi, Kemaman, didatangi seorang perempuan yang memaklumkan staf di kaunter mengenai satu kes bersalin di rumah.

Baca juga:   Mayat bayi perempuan ditemukan dalam longgokan sampah

“Lebih kurang pukul 9.10 pagi, katanya, pengadu bersama pasukan ke lokasi dan terlihat seorang perempuan sedang memegang bayi berhampiran sinki dapur dan pengadu juga mendapati tali pusat bayi telah dipotong dengan menggunakan benda tajam.

“Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan yang dikemukakan, Pejabat Pengarah Pendakwan Negeri telah memberi kebenaran untuk pertuduhan ke atas seorang kanak-kanak yang berumur 14 tahun 11 bulan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan berkaitan kematian bayi yang dilahirkan itu.

“Pertuduhan dibuat berasaskan keterangan saksi-saksi dan dokumentasi serta keterangan pegawai forensik dan pengesahan pakar patologi bahawa bayi yang mati itu berumur antara 38 hingga 40 minggu dengan berat 2.49 kilogram semasa dilahirkan dengan tali pusat telah dipotong dengan benda tajam.

Baca juga:   Mangsa banjir cecah 48,967, Johor paling terjejas

“Terdapat kecederaan lain termasuk satu tikaman pada bahagian badan bayi tersebut,” katanya.

Wartawan

Terkini

Dua gol Mbappe bantu Perancis ratah Belanda

KAPTEN baharu Perancis, Kylian Mbappe meledak dua gol bagi membantu negaranya membelasah Belanda 4-0 dalam aksi kelayakan Euro 2024...

Lagi Artikel Berkaitan