30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Daftar eCCRIS kini tak perlu ke BNM, AKPK

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGGUNA individu baharu warganegara Malaysia boleh terus mendaftar eCCRIS melalui eccris.bnm.gov.my tanpa perlu hadir di pejabat Bank Negara Malaysia (BNM) atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bermula hari ini.

BNM dalam satu kenyataan berkata, untuk mendaftar eCCRIS, individu hanya perlu mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan dalam lampiran.

Menurut kenyataan berkenaan, langkah tersebut termasuk pindahan RM1 secara dalam talian melalui perbankan Internet oleh pengguna baharu ke akaun BNM yang ditetapkan, sebelum bayaran akan dipulangkan secara automatik dalam tempoh dua hari bekerja selepas pendaftaran.

“Langkah ini membolehkan identiti individu disahkan secara digital tanpa memerlukan pengesahan secara fizikal,” katanya.

Timbalan Gabenor BNM, Marzunisham Omar berkata, dengan penambahbaikan berkenaan, individu pengguna boleh mendaftar eCCRIS dan mendapatkan laporan CCRIS dengan lebih mudah dan selamat.

“Semuanya boleh dilakukan dengan selesa dari rumah,” katanya.

Baca juga:   Video papar pelaku conteng mural wajah Agong, PM tersebar

Bagi syarikat dan individu bukan warganegara Malaysia, pendaftaran pengguna baharu boleh terus dilakukan menerusi eLINK melalui telelink.bnm.gov.my.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Fasa pertama pemasangan lokar sekolah selesai hujung bulan ini

FASA pertama pemasangan lokar sekolah dijadual akan dapat diselesaikan hujung bulan ini. Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin berkata, ada lima...

Lagi Artikel Berkaitan