29.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Saya dalam keadaan baik – Hishammuddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang disahkan positif COVID-19 berkata, beliau dalam keadaan baik buat masa ini.

Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Sembrong itu turut mendoakan agar setiap individu yang dijangkiti wabak tersebut segera diberikan kesembuhan.

“Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan baik buat masa ini. Semoga setiap individu yang dijangkiti wabak ini segera diberikan kesembuhan Allah SWT. Stay safe everyone,” katanya menerusi ciapan dalam twitternya hari ini.

Sebelum itu, satu kenyataan daripada pejabat kementerian memaklumkan Hishammuddin disahkan positif COVID-19.

Kenyataan itu berkata, Hishammuddin yang sudah menerima dos penggalak akan menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan semasa yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan COVID-19 jenis RT-PCR secara berkala selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri (self-test) melalui kaedah RTK Antigen.

Baca juga:   Kes baharu 9,180 dengan Lembah Klang sahaja lebih 6,000

“Kali terakhir beliau menjalani ujian pengesanan jenis RT-PCR dan mendapat keputusan negatif COVID-19 ialah pada Jumaat, 18 Februari 2022.

“Beliau akan terus memantau dan menjalankan tugas-tugasnya yang sesuai dilaksanakan sepanjang tempoh isolasi,” kata kenyataan itu lagi.

Pada 13 Februari lalu, Hishammuddin dikenakan kompaun oleh KKM kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menghadiri satu majlis anjura MIC di Kota Iskandar, Johor.

Turut dikenakan kompaun di bawah Akta 342 itu ialah Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran serta para pemimpin utama yang menghadiri majlis tersebut. -Edisi 9

Baca juga:   5,755 kes baharu hari ini - Dr Noor Hisham

Wartawan

Terkini

1,337 banduan dijatuhi hukuman mati sejak 2000 – Hamzah

SERAMAI 1,337 banduan telah disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman mati sejak 2000, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah...

Lagi Artikel Berkaitan