28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Perbarisan hormat anggota ABDB sambut ketibaan Ismail Sabri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERBARISAN hormat anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menyambut ketibaan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei malam tadi.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Ismail Sabri menerusi satu hantaran Facebook milik beliau.

“Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei malam tadi, saya diberi sambutan rasmi dan perbarisan hormat daripada anggota ABDB.

“Saya dan isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 8:30 malam untuk lawatan rasmi ke Brunei Darussalam.

Menurut beliau, delegasinya disambut mesra oleh Putera Mahkota Brunei Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.

“Doakan agar lawatan ini akan merapatkan kerjasama yang sedia terjalin dan memperkukuhkan persahabatan antara kedua-dua negara,” kongsinya.

Dalam hantaran terbaharu, Perdana Menteri berkongsikan sesi menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman.

“Saya ditemani isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

“Turut berangkat Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

“Saya kemudian mengadakan pertemuan empat mata dengan baginda Sultan Hassanal Bolkiah.

Terbaharu, Ismail Sabri mengadakan lawatan rasmi pertamanya selama dua hari ke Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam bermula semalam hingga hari ini bertujuan merapatkan kerjasama yang sedia terjalin dan memperkukuhkan persahabatan antara kedua-dua negara.

Turut hadir bersama, Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan