28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Jaminan 4 bulan stabilkan harga ayam, bekalan telur

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan akan menstabilkan harga ayam dan bekalan telur ayam yang mencukupi dalam tempoh empat bulan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, ini berikutan ternakan ayam mengambil masa tempoh 35 hingga ke 40 hari untuk matang dan boleh dijual.

“Atas jaminan itu, pihak kementerian perlu kerjasama dengan pihak industri kerana antara faktor kenaikan adalah harga dedak dan kerajaan telah menyahut keperluan pihak industri bagi menampung kos dedak sebelum ini.

“Sejak dua minggu lalu, pihak industri dalam proses kerjasama dengan pihak berkaitan bagi menampung keperluan industri ini yang mengalami kenaikan dan MAFI beri jaminan ini untuk menstabilkan dalam tempoh empat bulan kerana ternakan ayam mengambil 35 hingga 40 hari,” katanya, lapor Utusan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Penubuhan Pasukan Sokongan Tindak Balas Kecemasan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) (CDERT FAMA) dan Penyampaian Watikah Pelantikan Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Institut Latihan FAMA, hari ini.

Advertisements

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed.

Menurut Ronald lagi, pihak kementerian sebelum ini telah memaklumkan bahawa penternak akan menerima subsidi sebanyak 60 sen sekilogram bagi ayam hidup dan ayam bulat, dan 5 sen bagi sebiji telur ayam tanpa mengira kategori.

“Subsidi sebanyak 60 sen harga ayam hidup itu bagi menampung kenaikan harga dedak oleh pihak industri dan bagi memaksimumkan kapasiti pengeluaran serta menstabilkan harga seperti sedia kala,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, susulan kekurangan ayam dan telur ayam itu pihaknya telah memberi kebenaran kepada individu, syarikat dan pasar raya untuk membawa masuk ayam bulat beku dari luar.

“Pihak kementerian juga membuat libat urus dengan pengusaha, penternak dan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dalam memastikan bekalan ayam dan telur mencukupi,” katanya.

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan