32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pemuda UMNO buat laporan polis, desak siasat Muhyiddin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMUDA UMNO Bahagian Parit Sulong membuat satu laporan polis malam tadi bagi mendesak siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilakukan berhubung kenyataan mengenai situasi kewangan negara.

Ketua pergerakannya, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, maklumat kewangan negara adalah berkaitan maklumat sulit yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Menurut beliau, presiden Bersatu tersebut bukanlah salah seorang daripada Menteri Kabinet atau Perdana Menteri Malaysia yang masih berkuatkuasa atau individu yang berhak dibekalkan dengan mana-mana maklumat sulit negara.

“Tindakan dan kata-kata Presiden Bersatu tersebut kelihatan menjurus kepada ketidakpatuhan kepada dokumen rasmi negara yang dipercayai ianya tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Pemuda UMNO Bahagian Parit Sulong mendesak satu siasatan dimulakan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk menyiasat kesahihan perkara tersebut, atau kemungkinan terdapat percubaan untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi dan undang-undang yang lain, yang mana keadaan itu boleh mengundang mudarat kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Difahamkan, laporan polis dibuat berhubung kenyataan yang didakwa dikeluarkan Muhyiddin yang disiarkan di laman sesawang sebuah portal bertajuk M’sia hadapi masalah kewangan? – Muhyiddin ikrar akan dedahkan yang diterbitkan pada 19 Februari pada pukul 9.45 pagi.

Mohd. Fared berkata, laporan itu dibuat di Balai Polis Parit Sulong susulan dakwaan Muhyiddin bahawa beliau memperoleh maklumat mengenai kewangan negara daripada Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Muhyiddin mendakwa negara menghadapi masalah kewangan yang lebih besar berbanding yang dimaklumkan oleh kerajaan Persekutuan dan butirannya akan didedahkan pada masa yang sesuai.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu turut mendakwa pentadbiran Barisan Nasional tidak akan dapat menjamin masa depan cemerlang ketika negara seperti Vietnam dan Indonesia sedang meninggalkan Malaysia dalam pembangunan ekonomi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan