30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Jawatan Muhyiddin bertaraf menteri, kenapa lapor polis?

Mesti Baca

JAWATAN Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) adalah bertaraf menteri dan beliau berhak untuk mendapatkan laporan daripada Menteri Kewangan berhubung situasi ekonomi semasa.

Bekas Setiausaha Sulit Kanan Muhyiddin, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata, malahan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz juga merupakan Menteri Penyelaras MPN dan sudah tentu beliau bertanggungjawab untuk melaporkan secara terus kepada Pengerusi majlis iut.

“Jadi tidak salah Pengerusi MPN minta laporan daripada Menteri Kewangan dan tidak salah Menteri Kewangan beri laporan kepada Pengerusi MPN.

“Malah, wajib Menteri Kewangan beri laporan bila diminta. Tak boleh bantah,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Beliau mengulas laporan polis yang dibuat oleh Pemuda UMNO Bahagian Parit Sulong malam tadi bagi mendesak siasatan terhadap Muhyiddin berhubung kenyataan mengenai situasi kewangan negara.

Ketua pergerakannya, Mohd. Fared Mohd. Khalid, bekas Perdana Menteri itu bukanlah salah seorang daripada menteri Kabinet atau Perdana Menteri yang masih berkuatkuasa atau individu yang berhak dibekalkan dengan mana-mana maklumat sulit negara.

Laporan polis itu dibuat susulan kenyataan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang mahu mendedahkan situasi kewangan negara yang disifatkan semakin meruncing selepas UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan negara sejak Ogos lalu.

Beliau berkata, ia berdasarkan laporan ekonomi yang diperoleh daripada Tengku Zafrul.

Marzuki berkata, sebagai Pengerusi MPN bertaraf menteri, Muhyiddin juga boleh mengumumkan kepada rakyat tentang apa juga laporan yang dikemukakan oleh mana-mana menteri atau kementerian, atau apa-apa butir perbincangan dalam mana-mana mesyuarat MPN.

“Bila diumum, ia tidak lagi menjadi rahsia… Jadi apa sebab nak buat laporan polis?” katanya.

Beliau berkata, kedudukan fiskal negara adalah antara perkara yang dibincangkan di peringkat MPN.

Lapoan itu juga, katanya, sebahagian perkara penting dalam aspek pemulihan negara yang mesti diberikan perhatian oleh kerajaan dan mesti diketahui oleh rakyat.

Sebelum ini, Tengku Zafrul menjelaskan, laporan yang dibuat beliau kepada Majlis Pemulihan Negara (MPN) bukanlah rahsia sebaliknya ia adalah fakta-fakta ekonomi yang sudah diketahui umum.

Menurut beliau, laporan yang diberikan kepada majlis itu adalah sepertimana laporan-laporan lain yang diberikan oleh rakan-rakan Kabinet tanpa mengira mana-mana parti politik.

Beliau berkata, fakta-fakta ekonomi yang ada dalam laporan tersebut merupakan fakta yang telah sering disebut berulang kali baik kepada Kabinet mahupun sesiapa sahaja orang awam. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan