33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Penganjuran Sukma: Khairy nafi dakwaan Syed Saddiq

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KHAIRY Jamaluddin menafikan dakwaan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa Kelantan dianaktirikan sebagai penganjur Sukan Malaysia (Sukma) ketika negara di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut Khairy, sepanjang beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan dari 2013 hingga 2018, Kelantan pernah ditawarkan untuk menganjurkan temasya sukan tersebut tetapi negeri itu menolaknya atas beberapa kekangan.

“Mengikut penggiliran negeri-negeri penganjur, selepas Sukma Sarawak 2016, hak penggiliran penganjuran akan kembali ke negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan Kelantan yang belum pernah menganjurkan Sukan Malaysia merupakan pilihan.

“Namun, kerajaan Kelantan ketika itu tidak bersedia untuk menganjurkannya atas beberapa kekangan.

“Malahan, kita juga semasa membuat keputusan Sukma 2018 kepada Perak dan Sukma 2020 kepada Johor turut mengalu-alukan agar Kelantan mempertimbangkan untuk menjadi tuan rumah SUKMA 2022 supaya Sukan Malaysia ini dapat dibawa kepada rakyat negeri Kelantan,” katanya hari ini.

Syed Saddiq menerusi satu rakaman video mendakwa beliau adalah Menteri Belia dan Sukan pertama yang dalam sejarah Malaysia mengembalikan semula penganjuran Sukma kepada negeri Kelantan dengan peruntukan RM200 juta.

Ahli Parlimen Muar itu menggantikan Khairy selepas Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan pada 2018.

Khairy yang kini menjawat Menteri Kesihatan berkata, kenyataan Syed Saddiq itu seolah-olah menteri-menteri sebelumnya menafikan hak Kelantan untuk menganjurkan sukan terbesar di Malaysia itu.

Beliau berkata, bukan sahaja Kelantan malah tiada satu negeri pun yang dianaktirikan sepanjang beliau menerajui kementerian tersebut dalam apa-apa hal sekali pun.

Katanya, pemilihan tuan rumah temasya tersebut dibuat secara saksama melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukmanyang dianggotai oleh 14 Exco Belia dan Sukan Negeri dan tertakluk kepada kesanggupan dan kesediaan negeri yang dipilih.

-EDISI 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan