29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023

Pelaburan tempatan, luar tingkat taraf hidup Keluarga Malaysia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan terus meningkatkan taraf hidup Keluarga Malaysia melalui pelbagai inisiatif dan program yang melibatkan pelaburan tempatan dan luar negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, indikator-indikator jelas menunjukkan negara berada dalam landasan terbaik untuk pulih daripada krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang melanda sejak dua tahun lalu.

Menurut beliau, semua inisiatif yang sedang dilaksanakan ini membolehkan kadar pengangguran pada Disember tahun lalu menurun kepada 4.2 peratus berbanding 4.3 peratus pada bulan sebelumnya berikutan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial.

Ujar Perdana Menteri lagi, prestasi eksport Malaysia berdaya tahan dengan nilai eksport melebihi RM100 bilion pada Dis 2021 di mana pencapaian ini mencatat rekod baharu yang mencecah RM123.8 bilion dan berkembang 29.2 peratus, tahun ke tahun.

“Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM) mengesahkan firma-firma Amerika Syarikat melabur RM165.73 bilion dengan lebih 130,000 peluang pekerjaan yang telah diwujudkan di mana 90 peratus daripadanya diisi rakyat tempatan.

Baca juga:   Ismail Sabri nama tunggal pilihan BN sebagai calon PM

“MITI telah meluluskan RM109.1 bilion dalam tempoh 100 hari pentadbiran saya bagi meningkatkan pelaburan asing dalam sektor pembuatan dengan unjuran 25,000 peluang pekerjaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam perkembangan projek terbaharu yang dilaksana Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) iaitu Kedah Rubber City (KRC) pula, Ismail Sabri berkata, projek berkenaan bakal menarik pelaburan kira-kira RM10 bilion dan sudah mencecah RM4,000 bilion setakat ini.

Baca juga:   JAIPk siasat video dua individu lakukan ritual tolak banjir

Selain itu menurut beliau, KRC juga mewujudkan 7,000 peluang pekerjaan baharu kepada Keluarga Malaysia.

“Menerusi inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (Jamin Kerja) kerajaan menyediakan 600,000 peluang pekerjaan dengan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Umat Islam dinasihat tak terlibat acara Thaipusam – Mohd Na’im

UMAT Islam untuk tidak terlibat atau mengambil bahagian dalam sambutan Hari Thaipusam pada hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal...

Lagi Artikel Berkaitan