26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 16, 2022

MTEM saran kerajaan naikkan gaji minimum bulan depan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM) menyarankan kerajaan menaikkan gaji minimum kepada RM1,350 daripada RM1,200 bermula bulan depan.

Perlaksanaan itu kata Pengerusinya, Halim Husin, boleh dibuat berikutan arahan gaji minimum bagi 2020 lupus tahun lalu, sebelum gaji minimum baharu ditingkatkan kepada RM1,500 pada Januari tahun depan.

“Walaupun perkara ini akan memberi kesan pada perniagaan, perlu difahami peningkatan gaji turut memberi dua kesan.

“Selain meningkatkan kos operasi, ia akan menaikkan permintaan untuk pelbagai barangan dan perkhidmatan susulan kesan berganda yang dihasilkan.

“Langkah ini sudah lama tertunggak kerana gaji dan upah di Malaysia amat rendah, yang mana kesan jangka panjangnya menyebabkan kebanyakan rakyat bersusah-payah mencukupkan keperluan isi rumah.

“Selepas ada segelintir rakyat hampir mengosongkan simpanan KWSP kesan pandemik COVID-19, kenaikan gaji minimum amat diperlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Laporan sebelum ini menyebut, pekerja di negara ini dijangka menikmati penepatan kadar gaji minimum baharu pada nilai sekitar RM1,500 sebulan sebelum penghujung tahun ini.

Baca juga:   Kerajaan setuju laksana MRT3, tambah baik LPB - PM

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, dilaporkan berkata, walaupun nilai sebenar kadar baharu belum dimuktamadkan, beliau positif perkara itu boleh direalisasikan selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri.

Halim berkata, mengikut tanda aras antarabangsa, gaji minimum di negara ini sepatutnya sudah mencecah RM1,465 iaitu pada tangga 60 peratus daripada gaji penengah RM2,442.

Baca juga:   40 set bubu naga dirampas di perairan Pulau Pinang

Berdasarkan formula gaji minimum KSM yang mengandungi garis kemiskinan, produktiviti dan elemen indeks harga pengguna (CPI), beliau berkata, MTEM mendapati gaji minimum sebenar jika menggunakan jumlah purata kebangsaan ialah RM1,832.

“Hakikatnya, gaji minimum negara adalah lebih rendah berbanding ‘Greater Jakarta’ yang mana mereka membayar AS$326 sebulan (RM1,368) berdasarkan 40 jam bekerja seminggu berbanding Malaysia iaitu AS$286 (RM1,196) berdasarkan 48 jam bekerja seminggu.

“Jika gaji minimum diukur dan dikaitkan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita, Malaysia adalah negara yang paling ‘kedekut’ dalam kalangan negara jiran ASEAN dari segi memberi upah pada pekerja.

“Malaysia hanya membayar 25 peratus daripada KDNK perkapita negara, sedangkan Indonesia dan Filipina membayar gaji pekerja 84 peratus dan 76 peratus di bandar utama mereka,” katanya.

Halim berkata, KSM dicadang melakukan kiraan semula secara lebih terperinci mengikut keperluan negeri khususnya di Sabah dan Sarawak bagi pelaksanaan gaji minimum baharu.

Katanya, MTEM mencadangkan beberapa langkah wajar diambil untuk mengurang atau memperlahankan impak jangka pendek kepada syarikat kecil dan mikro untuk masa terhad.

Baca juga:   KDN siasat ketulenan rakaman mirip suara 2 pemimpin

“Kerajaan perlu mempertimbangkan mekanisme untuk menambah baik gaji golongan pertengahan kerana kita bimbang peningkatan gaji minimum tidak semestinya menstruktur gaji dan upah mereka yang mempunyai kepakaran dan pengalaman bernilai,” katanya.- Edisi 9

Terkini

Projek MARA Digital diteruskan – PM

PROJEK MARA Digital akan diteruskan bagi membuka peluang kepada anak muda Bumiputera terlibat sebagai usahawan teknologi maklumat (IT). Perdana Menteri, Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan