26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Kebenaran PdP di IPT tertakluk kepada keputusan universiti

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) memberi kelonggaran kepada universiti untuk menentukan sama ada pengajaran dan pembelajaran (PdP) dibuat secara hibrid atau dalam talian.

Bagaimanapun, KPT berkata, institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan perlu mempunyai kapasiti untuk menampung bilangan pelajar yang hadir secara fizikal dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PdP yang ketat.

Keputusan itu dibuat susulan pengumuman kerajaan semalam yang membenarkan kemasukan pelajar IPT di bawah KPT ke kampus secara berperingkat mulai 1 Mac ini, dengan jumlah kemasukan pelajar 70 hingga 100 peratus mengikut kapasiti IPT masing-masing.

“Keputusan ini dibuat bagi memberi fleksibiliti kepada IPT dalam menentukan mod pembelajaran yang sesuai, selain memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali dan menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran dan kehidupan dalam kampus,” kata KPT dalam kenyataan hari ini.

KPT turut memberi jaminan bahawa aspek keselamatan dan kesihatan pelajar menjadi keutamaannya dalam proses kemasukan dan keberadaan pelajar di kampus, serta akan memastikan kemasukan pelajar ke kampus berjalan lancar.

Pelajar yang pulang ke kampus diminta terus mengamalkan penjarakan fizikal dan kebersihan diri manakala aktiviti sukan dan riadah perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM).

Antara SOP ditetapkan KPT dan KKM adalah pelajar dan staf yang lengkap dan tidak lengkap vaksinasi dibenarkan masuk ke kampus, namun mereka yang tidak lengkap vaksinasi perlu membuat ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) dan berkeputusan negatif tiga hari sebelum masuk ke kampus.

Untuk maklumat lanjut, pelajar dan ibu bapa boleh menghubungi Bilik Gerakan COVID-19 KPT di talian 03-88706777/6949/6623/6628, melayari laman web IPT atau menghubungi pegawai penyelaras IPT masing-masing.- Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan