28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pembukaan sempadan diputuskan Perdana Menteri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN pembukaan sempadan negara akan diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri selepas beliau meneliti perkara itu yang dijangka dibentangkan dalam Kabinet atau mesyuarat bersama jawatan kuasa khas pemulihan COVID-19.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata,. pembukaan sempadan negara tidak boleh dibuat secara semberono, sebaliknya perlu dibincangkan dan dimuktamadkan dalam mesyuarat Kabinet sebelum sebarang keputusan diambil.

Bagaimanapun Hishammuddin mengalu-alukan saranan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya sempadan negara dibuka seawal 1 Mac depan untuk memulihkan semula ekonomi dan sektor pelancongan.

Kata beliau, pihaknya bersama anggota kuartet yang terdiri daripada Menteri Kesihatan, Menteri Kewangan dan ahli jawatankuasa lain yang terbabit tidak diberikan mandat untuk membuat keputusan berkenaan.

“Sebenarnya, apa yang dibincangkan di peringkat kuartet, kita tidak boleh membuat sebarang keputusan, begitu juga di peringkat MPN.

“Namun begitu, keputusan sama ada sempadan negara wajar dibuka atau tidak pada tarikh berkenaan perlu dimuktamadkan terlebih dahulu dalam mesyuarat Kabinet.

“Kita mengalu-alukannya (cadangan pembukaan sempadan) tetapi keputusan tak boleh dibuat di peringkat ini… kena tunggu perkara ini dibawa ke Kabinet atau Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri,” katanya, lapor Astro Awani.

Hishammuddin berkata demikian pada Majlis Pengenalan Pesawat AW 139 di No 3 Skuadron Pangkalan Udara Butterworth (PUB).

Turut mengiringi Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

Kelmarin, MPN mengesyorkan kerajaan membuka sepenuhnya sempadan negara seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib

Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, syor adalah langkah penting bagi menyokong pemulihan negara khususnya dalam sektor ekonomi dan pelancongan, serta mampu menarik pelabur asing ke negara ini.

Namun katanya, pembukaan sempadan negara perlu dilaksanakan secara terancang berdasarkan penilaian risiko semasa penularan Covid-19 dalam negara.

Jelasnya, ujian saringan Covid-19 perlu dilakukan sebelum berlepas dan sejurus tiba di pintu sempadan berpandukan syor daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan KKM akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan