24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

KKM teliti pelaksanaan larangan merokok, miliki rokok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti pelaksanaan larangan merokok dan pemilikan sebarang produk rokok kepada generasi akan datang melalui peruntukan berkaitan Generational End Game di dalam akta baharu iaitu Akta Kawalan Tembakau dan Merokok yang akan dibentangkan nanti.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pelaksanaan tersebut diharap dapat mengurangkan jumlah perokok baharu dan KKM juga boleh menumpukan perhatian kepada kos beban rawatan pesakit sedia ada.

“Dari aspek penjagaan dan rawatan untuk pesakit kanser di Malaysia, banyak juga kemajuan yang telah dicapai.

“KKM menyediakan perkhidmatan rawatan dan penjagaan yang terbaik serta berkualiti untuk pesakit-pesakit kanser, namun tidak dinafikan wujud ketidaksamaan dalam penjagaan dan rawatan kanser di negara ini.

“Kebanyakan perkhidmatan tertumpu di pusat-pusat bandar dan sukar untuk dicapai oleh pesakit yang tinggal jauh dari bandar atau pedalaman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata demikian sempena Hari Kanser Sedunia pada Jumaat bertemakan Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser.

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan satu pertiga daripada kematian akibat kanser adalah dikaitkan dengan pengambilan tembakau termasuk merokok, selain berat badan berlebihan, kurang pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta tidak aktif secara fizikal.

Menurutnya, pengambilan tembakau merupakan faktor risiko paling penting untuk kejadian kanser dan ia menyumbang kepada 22 peratus kes kematian akibat kanser.-Edisi 9


Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan