30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Kadar pelaporan AEFI dos penggalak jauh lebih rendah – KJ

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KADAR pelaporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) yang diklasifikasikan sebagai serius bagi dos penggalak jauh lebih rendah iaitu bersamaan kadar lima laporan bagi setiap satu juta dos penggalak vaksin Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia juga lebih rendah berbanding laporan AEFI serius yang diterima bagi keseluruhan, iaitu pada kadar 27 laporan bagi setiap satu juta dos.

Menurut beliau, jumlah itu adalah daripada 84 laporan bagi setiap satu juta dos berbanding kadar pelaporan AEFI keseluruhan 390 per satu juta dos.

“Kadar pelaporan AEFI bagi dos penggalak adalah jauh lebih rendah iaitu empat kali lebih rendah berbanding kadar keseluruhan.

Secara keseluruhan, Sistem Pelaporan AEFI NPRA telah menerima sejumlah 24,788 laporan AEFI termasuk 1,004 laporan melibatkan dos penggalak vaksin,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Khairy berkata, demam, kesakitan pada tempat suntikan, sakit kepala dan keletihan merupakan antara kesan advers yang paling kerap dilaporkan penerima vaksin.

Menurutnya, majoriti AEFI yang dilaporkan adalah ringan dan biasanya akan pulih dalam tempoh masa beberapa hari tanpa rawatan.

Advertisements

“Selain itu, AEFI yang paling kerap dilaporkan susulan pengambilan dos penggalak berdasarkan analisis interim bagi data Kajian Surveilans Keselamatan Vaksin Covid-19) (NMRR- 21-555-59135 (IIR)) Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk Februari hingga November 2021 adalah demam (62 kes per sejuta dos), sakit kepala, (38 kes per sejuta dos), Immunisation Stress-Related Reaction (ISRR) (35 kes per sejuta dos), sakit otot (28 kes per sejuta dos), dan sakit di tempat suntikan (25 kes per sejuta dos).

“Lima lagi iaitu sejuk menggigil (19 kes per sejuta dos), pening (18 kes per sejuta dos), sesak nafas (16 kes per sejuta dos), loya (16 kes per sejuta dos) dan palpitasi (15 kes per sejuta dos),” katanya.

Ujar Khairy lagi, daripada pemantauan laporan AEFI diterima NPRA setakat ini, trend dan kadar pelaporan AEFI yang melibatkan dos penggalak tidak menunjukkan sebarang peningkatan daripada apa yang dilihat semasa pemberian dos primer. “

Negara lain yang telah menjalankan program imunisasi bagi dos penggalak vaksin Covid-19 seperti United States (US), United Kingdom (UK) dan Australia turut melaporkan trend pelaporan yang sama.

“Melalui pemantauan isu keselamatan vaksin Covid-19 global oleh NPRA juga, tiada isu keselamatan baharu yang dikaitkan dengan dos penggalak di negara-negara rujukan yang lain,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan