27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

UMNO siap siaga pastikan parti terus relevan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JENTERA UMNO di seluruh negara bersiap siaga dalam segala aspek bagi memastikan parti itu terus ‘bangun’ dan relevan di hati rakyat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata UMNO juga telah mempersiapkan jentera di semua peringkat demi memastikan ia bergerak sehingga akar umbi bagi mendalami kesusahan serta rintihan rakyat.

“UMNO akan menggunakan apa juga platform untuk mengangkat segala isu membelenggu rakyat ke peringkat tertinggi untuk penyelesaian.

“UMNO sejak dari dahulu diketahui membela untung nasib rakyat, sama ada ketika dalam pemerintahan kerajaan atau selepas kalah dalam pilihan raya,” katanya seperti dilaporkan Bernama selepas mengadakan perjumpaan dengan kepemimpinan UMNO Labuan, hari ini.

Dalam pada itu, Bung Moktar berkata, antara fokus dan agenda jentera UMNO adalah bertemu dengan pengundi muda yang memerlukan penjelasan mengenai perkembangan politik tanah air.

Baca juga:   442,150 dos harian, 31.9 peratus populasi lengkap dos kedua

“Pengundi muda bakal mengundi dalam PRU akan datang, sudah semestinya jentera UMNO harus mendampingi mereka ini untuk memahami kehendak mereka yang jelas masih memerlukan bimbingan,” katanya.

Pengerusi UMNO Sabah yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata gerak kerja UMNO juga akan diperluas ke arah mendalami platform media sosial yang menjadi platform kegemaran golongan muda.

-EDISI9

Terkini

Kanak-kanak 5 tahun maut, bapa, kakak parah nahas 2 kenderaan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dalam kejadian kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kesang Garing,...

Lagi Artikel Berkaitan